Assalamualaikum w.b.t. Seperti biasa, malam itu aku pergi solat terawih di masjid di kampungku. Kali ini aku duduk di saf bersebelahan dengan tabung masjid. Selepas menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, Umairah, seorang budak kecil yang selalu senyum dengan aku duduk sebelah aku. Sebelum ini mungkin dia takut nak tegur aku tapi bila dah selalu jumpa rasanya dia dah kenal aku. Aku saja borak-borak dengan dia. Tanya puasa ke tak, sekolah ke. Tiba-tiba dia ternampak ada sebuah al quran di atas tabung masjid tu. U : kakak, tu apa tu? Me : tu al quran... U : kite nak baca boleh tak kakak? Me : boleh, umairah baca, kakak tengok. Dia pun buka al quran tu, baca surah Al fatihah. Walaupun bacaannya agak lambat, tapi lancar. Panjang pendek bacaannya betul. Sangkaan aku mungkin dah selalu dengar imam baca surah al fatihah, itu yang lancar sedikit bacaannya. Masa tu, aku sangat kagum dengan Umairah, beria benar dia membaca, sangat bersungguh-sungguh. Dalam hati aku semoga suatu hari...
This is Kak Syla diary - My Life my Journey