Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Alamak, Chicken Pox !!! - Blog KakSyla

Assalamualaikum
Salam 19 Syaaban

Dua tiga hari ni rasa tak sedap badan jer, demam sikit. Tapi malas nak layan sangat demam ni, aku buat 'derk', mungkin penat sangat kerja kot, aku pergi kerja macam biasa. Kemudian muncul lebih kurang 5 bintik kecil di badan, "aish, apa pulak ni?" aku rasa macam nak kena chicken pox, tapi tunggu dulu kot, tak banyak lagi, pergi kerja jugak aritu. Pagi tadi dia dah keluar lebih banyak. Alahai habislah badan aku, dah macam monster pun ada, gatal dia jangan cakaplah, malam tadi tak lelap tidur sebab kena berada di posisi yang betul, kalau terkena blister tu, adushh, sakit woo...
Dapat lah MC seminggu tapi rasa macam tak cukup jer . Sebelum ni ada sorang abang PPF (Pembantu Pegawai Farmasi) kena chicken pox, minggu ni dia baru masuk kerja, dan semestinya aku telah dijangkiti kuman darinya. Harap-harap parut ni nanti dapat hilang sepenuhnya, muka I pun ada jugak uolls!!! hmm, nak buat macam mana, lepas ni memang kena pakai produk laaa...

Walaubagaimanapun, aku bersyukur dah kena chicken pox sekarang sebab :

1. Takde komitmen yang penting (nak kata sedang belajar, dah habis. Nak kata kerja, bukannya ada gaji) so nak cuti berapa lama pun no hal, ponteng jer.
2. Dapat merehatkan badan setelah penat bekerja.
3. Kena chicken pox sebelum berkahwin, at least nanti takde lah aku risau belum terkena lagi, dan ada masa lagi nak 'merawat' parut di muka ni. amboi ke sampai ke situ pulak aku fikir.
4. Dan paling penting, belum masuk bulan Ramadhan, kalau tak, tahu berapa hari kena ganti puasa.

Sebenarnya, aku tak tahu sangat pantang larang kalau kena chicken pox ni, yang aku tahu tak boleh makan kicap sebab nanti parut tu jadi gelap & susah nak hilang. Korang boleh share tak petua-petua dengan aku?

p/s - kalau korang nak berjangkit dengan aku, silalah komen di sini jika berani..haha

Semoga cepat sembuh ye Teena!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary #SayaSayangMalaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar.  Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang  "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!!  Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut. #SayaSayangMalaysia =) Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uo...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...