Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary A.Y.A.H. (updated) - Blog KakSyla

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas masa tengah filling prescription, terdengar akak-akak pegawai farmasi tu berborak, antaranya :

-anak darjah berapa pun tak ingat
-umur anak pun tak tahu
-kalau mak, semua mak tahu pasal anak, kalau ayah, hmm....
-nama penuh anak pun belum tentu ayah ingat

(yang last skali tu aku menyampuk)

Rupa-rupanya ada seorang ayah ni nak ambil ubat untuk anak dia tapi tak tahu maklumat mengenai anaknya.



Sebenarnya, setuju jugak dengan diorang sebab kadang-kadang aku pun pernah mengalami situasi yang sama. Maaf ye golongan bapa di luar sana, bukan semua macam ini tapi sesetengah jer. Apa-apa pun ayah aku tetap best. Sebab adik-beradik kitorang semuanya perempuan, sorang je lelaki dan semua belum kahwin sape nak boleh  datang ambil borang so ayah lah yang bertanggungjawab jaga kami. Kalau ada apa-apa kerosakan ayah lah yang betulkan, lampu rosak, mesin rosak, blackout, ayah yang jadi maintenance. Baru-baru ni ada bangkai cicak kat tepi tingkap, aku baru nak buang, tp errr...takut+geli, ayah jugak yang tolong buang. Nampak macam ngada-ngada, tapi itulah kami & ayah. Masa keputusan UPSR, PMR, SPM keluar dan melihat kejayaan kami, ayahlah orang yang paling gembira.

Semester lepas ayah macam lain sikit. Ada satu hari ni ayah tiba-tiba jer call, pelik lah jugak sebab selalu aku contact ngn emak jer, tapi jawab jela orang dah call kan (masa tu musim final exam). Ayah cakap phone rumah baru jer topup, so byk kredit lagi. Aku pun saja je usik ayah, "macam ni tiap-tiap malam boleh lah call kan". Then esok malam memang betul ayah call lagi, aik, pelik bin ajaib. So minggu tu tiap-tiap malam aku 'bergayut' dengan pakwe ayah jelah. hehe. Then, after every paper ayah akan mesej tanya boleh jawab tak exam tadi, agak2 boleh skor ke, malam ni pergi masjid ke (sebab slalu aku maghrib isyak kt Pusat Islam ( masjid univ) bla bla... Hmm, nampak sangat ayah mengharapkan kejayaan anaknya ni..


Walau apapun yang terjadi saya tetap  sayang ayah saya. <3 <3 <3

p/s- gambar ayah & abil sebelum ke solat jumaat

Ni pulak gambar tadi, hari ni (17/6) birthday Abil & kek untuk ayah sekali. yang lilin tu tadi dah terpadam tapi takde lighter nak nyalakan, pastu ayah pergi amik surat khabar nyalakan api dari dapur letak kat lilin tu. amboi takde besar lagi ke api nak bawak. Sume tergelak kot. Abil pulak tersengih jer, suka la tuh dapt kek birthday.

Lepas potong satu (slice of cake) ayah terus suap kat mulut sendiri.errrr...selalu orang suap orang lain dulu or potong la banyak sikit. nie lepaskan tekak sendiri dulu, ayah...ayah... pun bole..tahun ni jer dah berapa kali makan kek, lepas ni turn aku pulak, tp tak yah lah beli kek bagai, doakan kesejahteraan aku jadilah.

Selamat Hari Ayah !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...