MELAKA - Akibat pembakaran hutan yang terjadi di Sumatera Tengah, Indonesia, negeri ini merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) paling tinggi iaitu dengan bacaan 123 berikutan jerebu yang melanda negara semalam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Abd. Hafiz Abd. Samad berkata, bacaan yang dicatatkan setakat pukul 11 pagi itu telah dikategorikan sebagai tidak sihat kerana telah melepasi bacaan IPU 100.
Menurutnya, catatan bacaan IPU 123 itu merupakan yang paling teruk berbanding bandar-bandar lain di negara ini yang bersempadan seperti Muar, Johor dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
''Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mendapati bahawa punca jerebu ini adalah disebabkan
pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan punca dan lebih 100 hotspot berjaya direkodkan di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di hotel Casa del Rio di sini hari ini. - KOSMO!
pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan punca dan lebih 100 hotspot berjaya direkodkan di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di hotel Casa del Rio di sini hari ini. - KOSMO!
Pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja jerebu agak tebal dan berbau asap. Sampaikan dah berada dalam bangunan yg ber'aircond' pun, bau asap masih tidak hilang. Di jalan raya pula, jarak penglihatan agak terbatas. Jadi, kepada semua yang berada di kawasan jerebu, sila jaga kesihatan anda!
Ulasan
Catat Ulasan