Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Seminggu di Jabatan Farmasi - Blog KakSyla

Hi...Assalamualaikum...

Rasanya tengok tajuk jer uolls dah tahu kot aku nak citer apa. Sebelum ini aku ada cerita mengenai praktikal aku di entri INI. Alhamdulillah, sudah seminggu aku menjalani praktikal di Jabatan Farmasi. First week just ada orientasi. Ada jugak student dari IPT lain yang praktikal kat sini seperti MAHSA, MiCost, KKM. Okayy, baru satu minggu tapi rasa macam dah tak sanggup nak hadapi praktikal lagi selama lebih kurang satu tahun. Tak cukup kot cuti hujung minggu selama 2 hari ni untuk merehatkan badan. Kenapa aku cakap bagini? Jom kita terjah !

First & Second day

Pagi tu kami berjumpa dengan preseptor (supervisor) Encik Said, dia menerangkan peraturan, jadual, lawatan di semua unit and so whatever pasal praktikal kami. Memandangkan kami semua ada 6 orang dan dibahagi kepada 3 kumpulan, aku satu group ngn classmate aku, Abu Musa a.k.a. Abu in da housee. Then untuk 2 hari ni aku & Abu ditempatkan di unit Farmasi Klinik Pakar atau lebih dikenali sebagai OPD (outpatient pharmacy). Pergh, memang busy lah unit ni. Baru hari pertama terus masuk unit yang paling busy memang shock+blurr. We alls kena buat SPUB di mana klinik2 order ubat-ubatan dari pihak hospital, and we have to supply according to the indents. Satu indent tu ada lebih kurang 15-20 ubat. Dan kami yang masih baru ni kena carik ubat2 tu.


Cuba bayangkan stok ubat yg banyak ni, and aku still terkial-kial mencari di mana location ubat nih. Bak kata orang malu bertanya sesat jalan, memang kau kena rajin bertanya time mula-mula nih. Dan kau memang takde masa nak duduk/rileks time tuh. Kalau nak baca prescription tu tak yah cakap la, tulisan doktor yang sangat 'mudah' untuk difahami. Kena confirmkan dengan senior, takut tersalah baca ubat yang doktor tulis. 


Gambar ni aku snap waktu pagi time baru sampai, kalau dah start kerja memang takde masa lah nak bergambar bagai. Tak ramai staff lagi, kalau dah ramai memang sempit ruang kat sini. Walaupun dah ada ramai staff yang bertugas time tu dalam 15 orang staff still tak menang tangan nak fill the prescription. Patient kat depan pulak dah ramai & lama menunggu. Kalau dulu aku teman nenek aku buat check up kat hospital, memang lama nak tunggu. Nampak macam kat bahagian kaunter tenang jer, rasa macam 'diorang ni buat keje ke lepak2?, lambat giler!!' Tapi jangan tuduh sebarangan yer, kami kat belakang ni bertungkus lumus nak tolong isi ubat2 yang anda perlukan. Memang senyap jer kt situ coz semua orang fokus+busy+takde masa nak borak kecuali bertanya untuk memastikan ubat itu betul dari segi dose, concentration, amount. Dan pastinya aku dan Abu terpaksa bertanya itu ini walaupun dalam kesibukan mereka mengisi ubat2.


Hari pertama tu agak disaster jugak lah sebab masih baru & tak dapat hafal location ubat, but the second day okay sikit lah, dah boleh ingat sikit. Balik rumah tu terus serang katil, x pikir apa2 lagi. But I can say that it was a great experience to be some parts of the pharmacy team.

Third & Fourth day



Setelah 2 hari berada di OPD Unit, kami ditempatkan di manufacturing unit. Di sini segala jenis cream, ointment, chemical yang digunakan sebagai bahan nak buat ubat, TPN (Total Parenteral Nutrition) & CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution) disediakan di sini sila rujuk foot note di bawah untuk lebih detail. Macam kerja kilang la katakan. Tapi kat unit ni memang tak sibuk sampai kau pun boleh boring buat kerja tu sebab tak mencabar langsung. As a trainee & in orientation week, kami hanya buat kerja2 yang mudah jer macam packing, labelling, topping.

Kami tengah label & screw ear drop, sodium bicarbonate.


Dan untuk tidak membuang masa sambil buat kerja kerja tu yang agak rileks,

Abu : Boring giler weii
Tina : Buat jela, semalam kau complain penat sangat, ni boring pulak
Abu : Kalau hari hari buat kerja ni tak berkembang otak aku taw tak
Tina : Tulah, dah lah setahun aku kena hadap muka kau jer hari hari
Abu : Dah lah, baik aku berzikir sambil buat kerja ni

Kerja yang sangat 'rileks' ni jugak perlulah digunakan dengan sebaiknya, berzikir waktu ni adalah sangat bermanfaat daripada kau isi ubat dalam botol tu tak buat apa. Tapi hati penuh dengan pengisian rohani.


Masa praktikal ni lah kita kena apply sume yang kita dah belajar time dalam kuliah. Maybe kau rasa apa barang kerja label ubat, carik ubat tapi biasalah trainee baru, kenalah patuh arahan bos. Aku tak nak lah jadi macam lembu dicucuk hidung, buat jer tapi zero, tak dapat apa pun. So, setiap ubat yang kami buat tu aku akan tulis dalam buku nota kecil ni, atau ada ubat yang terdapat lebih dari satu nama aku catat. Then bila balik rumah, aku akan buka buku untuk check apa function ubat tu, tergolong dalam ketegori apa, apa jenis penyakit yang boleh guna ubat ni. Barulah kita boleh tambah knowledge, macam ni lah excellent best student.
Abaikan JKR tu, ni jer buku kecil yang aku ada di rumah, dapat free jer pun tapi sangat berguna padaku.

Fifth day


Untuk hari kelima ni aku ditempatkan di Farmasi Bekalan Wad (Inpatient Pharmacy) di mana semua ubat yang akan digunakan oleh pesakit wad akan di supply di sini. Kat sini, tak busy sangat tapi best lah. Memandangkan kami hanya satu hari di unit ni untuk orientasi, tak banyak kerja yang boleh aku buat. Tengok jelah apa diorang buat. Banyak juga ubat yang diminta. Yelah satu hari patient tu kena makan 5-6 ubat, kalau 30 patient kau kiralah sendiri berapa banyak kena supply.

Okay tu jer story aku untuk kali ni. Minggu depan baru start di unit OPD, the busiest unit! Doakan aku yang baik-baik ye. Sorrylah entri kali ni macam boring, tapi inilah pengalaman yang seronok bagi aku dan nak share dengan kawan-kawan yang baca blog ni. Kalau korang nak tahu kehidupan aku sebagai pelajar farmasi boleh lah singgah di SINI.

Foot note :
TPN (Total Parenteral Nutrition) - nutrition yang diberi kpd patient yang tak boleh makan secara normal, makanan yang diberi melalui tiub. Biasanya patient yang baru lalui operation akan diberi. proses membuat nutritin ini dibuat di bilik khas (clean room) yang sangat sterile

CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution) - ubat yang diberi kepada pesakit kanser yang harus melalui chemotherapy. ubat ini merupakan toksid, dan dos perlulah tepat, jika terlebih atau terkurang sedikit pun akan memberi kesan kpd patient & boleh membawa maut.

Inpatient Pharmacy - farmasi yang membekalkan ubat kepada pesakit di dalam wad/hospital

Outpatient Pharmacy - farmasi yang membekalkan ubat kepada pesakit luar

Insya Allah pharmacist-to-be


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...