Assalamualaikum...
"Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have."
- To be successful, we have to make others successful.
- To be happy, we make others happy.
- To be healthy, we make others healthy.
Ini adalah sebahagian daripada kata-kata Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia).
Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya terisi dengan input2 yang sangat bermanfaat serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Kalau dah boring baca buku@tidak boleh fokus, saya akan ambil mp3 dan mendengar ceramah beliau sebagai suntikan semangat & makanan rohani.
Dalam kehidupan seharian, kita bukan sahaja hanya menerima, tetapi kita perlulah terlebih dahulu memberi. Di sini saya nak mengajak pembaca-pembaca agar sentiasa berfikiran positif serta tahu apakah tujuan hidup kita. Kadang-kadang saya sendiri pun 'tersasar' daripada jalan Nya, tapi tak salah untuk kita saling mengingati sesama manusia dan lebih-lebih lagi sesama Muslim.
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda,
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(HR. Bukhari)
Let's be positive !
Let's be positive !
Ulasan
Catat Ulasan