Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Petua Semasa Dijangkiti 'Chicken Pox' - Blog KakSyla

Assalamualaikum

Hai korang apa kabar? Hari ni puasa tak? Alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa. Semoga Dia menerima segala amalan yang kita lakukan pada hari ini. Rasanya semua orang post pasal puasa tapi aku tiba-tiba jer citer pasal chic pox ni, takpe lah layan jer ea, sekadar perkongsian pengalaman.

So, here I wanna share some 'petua' that I used when I'm having the 'sweety' chicken pox :

1. Minum air kelapa muda
Air kepala kelapa ini perlu diminum pada hari pertama anda terkena chicken pox. Ini akan menjadikan bintik-bintik di badan keluar dengan cepat & secara sekaligus. Jadi, anda tak perlulah tertunggu-tunggu andai ada lagi bintik baru yang nak tumbuh di badan. Erm, hari tu jangan terperanjatlah kalau ada bintik-bintik manja tumbuh di badan anda. Ayat ini ditujukan kepada diri sendiri sebenarnya.


2. Tidur beralaskan daun semambu
Menurut orang tua-tua, daun ini dapat menyerap haba di dalam badan kita. Caranya senang jer, letak di bawah tilam/selimut semasa sedang tidur. Kalau macam aku letak direct bawah badan sebab malas nak alihkan kat bawah tilam. Lepas tu famili tanya, 'tak rimas ke daun tu letak bawah badan, dah macam orang asli aku tengok kau ni', jawapan aku senang jer 'bintik-bintik ni jer dah cukup membuatkan aku gatal seluruh badan'.

3. Pakai bedak sejuk semambu
Sebenarnya aku tak tahu apa nama dia, ni pakai hentam jer. Yang penting ia sejenis bedak sejuk. Okay, bahan-bahannya adalah:

-nasi setengah cawan yang telah direndam selama 2 jam
-kunyit 1 biji (bukan daun kunyit, bukan juga serbuk kunyit ye) 
-daun semambu (dalam 10 helai kot)

Ketiga-tiga bahan ni perlu di'blend' hingga ia menjadi separuh cair, kemudian simpan dalam peti sejuk. Kalau nak guna boleh sapu di kawasan berbintik. Bedak ini dapat mengeringkan & mengurangkan rasa gatal. Aku selalu sapu kat muka, memang terbukti berkesan, sekejap jer bintik tu dah hilang.

4. Jangan kena air hujan
Kalau anda terkena air hujan, bintik-bintik tu akan tumbuh dengan lebih banyak & bermaharajalela di tubuh anda. Nak ke jadi begini? so, sendiri mau ingatlah, nama pun demam, duk rumah rehat jer.

5. Jangan mandi
Serius memang tak boleh mandi time kena chicken pox ni. Tapi atas dasar kebersihan aku mandi 2 hari sekali. Ada orang kata kalau nak mandi letak daun semambu tu, tapi aku mandi dengan air panas jer, kena hati-hati sikit, takut bintik-bintik tu termenggelupas. Sakit lah kan kalau terkopek.

6. Lain-lain
Jangan makan makanan yang akan menyebabkan kegatalan seperti ayam & seafood. Dan lebih penting jangan sentuh kicap, sebab kicap akan membuatkan parut itu menjadi warna hitam & kekal di badan anda. Lain-lain juga termasuklah rajin makan ubat, jaga pemakanan, jaga badan anda. Dan yang paling penting banyakkan berdoa!

Seriously kalau tak jaga badan time kena chicken pox especially to GIRLS, susah parut tu nak hilang. Kena berpantang dalam sebulan jugak kot. Kalau macam aku time raya nanti dah lepas kot tempoh berpantang, so bolehlah melantak ketupat rendang. Haha. k, SBP! (Selamat Berbuka Puasa)

Selamat mencuba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...