Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Terima Kasih - Blog KakSyla

Assalamualaikum...

Hello peeps, how are you today? 2 hari jer lagi nak puasa Ramadhan, esok malam dah start solat terawih & sahur. 
Okay, sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada korang2 yang telah wish my birthday minggu lepas. Hah, sapa yang belum wish lagi, cepat wish sekarang!  Rupa-rupanya ramai yang baru tahu umur aku sekarang, (kalau nak tahu meh tengok kat SINI) mostly ingatkan aku dah tua sikit. Kelakar jugak tengok reaksi orang. Nak kata muka aku matured, rasanya tak banyak gambar aku tunjuk dalam blog ni. Maybe, dari segi penulisan yang menunjukkan kematangan kot. Matang ke??? Apa-apa pun terima kasih atas ucapan, nyanyian, doa & suntikan semangat dari kalian. Yang paling best, ada blogger yang nyanyi lagu birthday tu. haha, mekasih. Jasa anda dikenang.

Selain itu, terima kasih jugak kepada semua yang support aku sepanjang aku sakit (chicken pox) minggu lepas juga. I sambut birthday dalam keadaan badan penuh bintik-bintik ye. Semua petua yang korang bagitahu aku dah cuba. Insya Allah, masa raya nanti dah berkurang kot. I'll share bout it in the next entry  yeah, don't missed em out! Hampir 2 minggu aku MC, nanti start aku masuk praktikal dah bertukar ke unit IPD (Inpatient Department), sedih jugak sebab rasa macam banyak dah ketinggalan@tak dapat grab banyak ilmu  dari unit sebelum ni.

Bajet retis lah kau Teena nak bagi ucapan panjang-panjang ni. Hehe...saja aku nak ambil kesempatan sebelum Ramadhan menjelang. Tak sabar nak puasa. Sebelum ini, aku duk asrama sekolah & hostel universiti, sibuk nak balik bulan puasa, siap nangis kalau tak dapat balik. Tahun ni, no more crying or sedih2 tak dapat nak balik ke rumah sebab dah menetap di rumah. 

Sebelum tu nak share sikit message yang aku dapat dari seorang sahabat, rasa macam menarik untuk dikongsi bersama :

Perkara yang paling baik dilakukan pada bulan Syaaban yang tinggal beberapa hari lagi ni ialah:
menghabiskan masa di shopping complex, pusat-pusat perabot, kedai kain langsir dan pasar-pasar basah untuk persiapan berbuka dan raya supaya IBADAH KITA PADA BULAN RAMADHAN TIDAK TERGANGGU. Anggaplah tahun ini Ramadhan terakhir kita.

Selamat Berpuasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...