Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Aku.Raya.Balik kampung.Bus ekspress - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Hari raya bakal menjelang beberapa hari jer lagi, dan paling seronok bila kita berada di perantauan, jauh dari famili. Memang rasa seronok sangat nak balik kampung. Walaupun lama lagi nak balik, tapi dah ready packing baju seminggu awal. Nampak tak dia punya excited tu. Sejak zaman sekolah sampai lah zaman universiti memang aku ulang-alik menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Dan semestinya terselit kenangan aku & bas ekspress yang tak akan dilupakan. Sambil baca tu jom layan lagu ni, tak tengok video ni pun takpe, dengar jer.



Cerita 1

Penang, 2012, 11 pm, bas KPB, seminggu sebelum raya


Malam tu aku & member-member akan pulang ke kampung, di Melaka sama-sama. Tiket untuk pulang memang kami dah beli awal-awal bagi mengelakkan kesesakan. Pukul 11.30 malam bas memulakan perjalanan ke Melaka. Aku pula tidur sambil ditemani Mp3, dengar lagu raya, nak amik feeling raya kononnya. Kebiasaannya memang aku akan minta driver bas untuk berhenti di tepi jalan berhampiran dengan rumah, kemudian ayah akan menyusul untuk mengambil aku. Okay, dah sampai dah, 

Aku  : Pak Cik, boleh berhentikan saya kat sini tak?
Pak Cik : Boleh2
Aku : Saya nak ambil beg saya kat bawah bas ni.

Kemudian aku pun carilah beg berwarna hitam kepunyaanku.

Aku : Eh, pak cik takde pun beg saya
Pak Cik : Lahh, macam mana pulak boleh takde ni? Cuba kau cari betul-betul.

Masa ni ayah aku dah sampai, dia pun bising jugak bila aku cakap beg aku takde. Aku pulak dah takut + cuak giler.

Pak Cik : Takpe lah, kau bagi nama & no telefon, nanti kalau ada orang pulangkan beg, pak cik bagitahu.

1 hari...2 hari...3 hari, takde sesiapa pun telefon aku. Untuk memuaskan hati, aku ke Melaka Sentral, tanya syarikat bas tu sama ada, ada orang tinggalkan beg atau tak. Namun jawapan yang diberikan hambar. Aku dah redha & pasrah, hanya mampu berserah. Dalam beg tu ada battery & charger laptop, cermin mata, baju-baju termasuklah baju raya & tudung raya untuk dipakai nanti. Takde barang penting pun, tapi aku baru beli cermin mata tu, mahal lah jugak. Setiap hari aku berdoa agar ada seorang hamba Allah yang sangat baik hati akan kembalikan beg aku (doa orang yang berpuasa kan mustajab, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni).

Suatu hari, sewaktu sedang nyenyak tidur, aku mendapat satu panggilan,

Stranger : Assalamualaikum, ni Fatina ke?
Aku : Ye saya, ada apa ye?
Stranger : Hmm, maafkan saya, saya dah terambil beg awak.
Aku : Oh, jadi beg saya ada kat awak ke?
Stranger : Aah, takpe nanti saya pulangkan beg ni kat awak, tapi minta maaflah sebab saya dah buka beg awak ni.
Aku : Takpe2, jap awak duduk kat mana? (padahal dalam hati dah risau sebab dalam beg tu 'barang2' wanita, ah lantak lah)
Stranger : kat Seremban. (memang sah lah dia tersalah ambil beg sewaktu bas berhenti di Seremban)

Masalahnya, esoknya dah raya, takkan nak suruh dia hantar beg hari tu juga. Haish...
Hari Raya ke3 kot, aku call dia tanya bila nak hantar beg aku tu, bincang punya bincang, satu hari tu dia & kawan dia pun hantar beg tu, janji nak jumpa di MITC, tapi aku naik motor, tak muat nak letak beg tu. Last2 terpaksa dia hantar beg tu ke rumah, dan dah nama pun hari raya, kenalah jemput tetamu masuk ke rumah. Then, dia pun cerita macam mana boleh terambil beg aku, rupa-rupanya dia baru bangun tidur, tengah mamai bila bas tu berhenti kat Seremban. Dan dia juga belajar di kampus sama dengan aku. Laa student UiTM jugak mamat ni. Tapi itu kali pertama & terakhir aku jumpa dia, Tak pernah terserempak pun kat kampus semenjak hari raya tu.

Cerita 2

KISAS, Klang, 2009, 3.30 pm, Form 4, bas Transnasional, sehari sebelum puasa Ramadhan


Yeah!!!  Esok puasa, malam ni nak pergi solat terawih. Tiba-tiba... "eh, apasal bas ni tiba-tiba berhenti? kat Selangor lagi ni, belum sampai Melaka". Ala...bas ni rosak. Masa ni dah pukul 6 petang. Sepatutnya aku dah sampai Melaka setelah 2 jam perjalanan, tapi kami terkandas di highway. Dengan baju batik sekolah, aku & rakan-rakan dah gelabah. Yelah, budak sekolah mana boleh bawa handphone, macam mana nak contact parents, mesti diorang risau aku tak balik lagi.

Alhamdulillah, ada seorang senior 'muslimin' ni bawak phone, ni mesti kes bawak sorok-sorok. Jadi, kami semua guna phone dia untuk menghubungi parents. Rasanya banyak jugak kredit dia habis kami gunakan. Dari petang sampai lah ke malam kitorang bertenggek jer kat tepi highway tunggu bas lain datang ambil. Nak menangis pun ada sebab dah pukul 10 malam bas masih tak sampai.

Akhirnya, penantian kami berakhir pada pukul 11.30 malam setelah sebuah bas datang mengambil kami. Rasa macam pasukan penyelamat datang untuk selamatkan kami. Di dalam bas tu senior 'muslimin' tu bagi kitorang makan kek (sebab semua orang takde makanan). Terima kasih ye senior. Masa tu rasa penat+lapar+sejuk sangat. 

Dalam pukul 1.15 pagi kami selamat tiba di Melaka. Bas tu berhenti di Tol Ayer Keroh. Masa tu ramai ahli keluarga kami dah tunggu di situ. Ada sorang pak cik ni marah-marah kat driver tu. Suasana agak tegang jugak lah. Mana taknya, perjalanan yang sepatutnya 2 jam mengambil masa hingga ke tengah malam. 

Inilah kenangan balik kampung yang takkan aku lupakan. Best tau belajar jauh-jauh ni, terasa sangat excited nak beraya & jumpa ahli keluarga. Kalau yang kat oversea tu mesti lebih excited kan. Ni baru kat dalam Malaysia, belum pergi luar negara lagi. Kalau beraya kat sana mesti sedih sangat tak dapat balik. Namun, jauh di sudut hati berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di sana suatu hari nanti. Insya Allah..

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...