Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Alamak, rombongan meminang dah sampai !!! - Blog KakSyla

Assalamualaikum...

Hai..masih lagi berada di mood raya ke? Hari sabtu lepas ada event besar kat rumah saya. Sebab ada rombongan datang nak memetik bunga di taman. Akhirnya ada jugak orang nak 'petik' ye. Alhamdulillah, kalau dulu bila orang tanya bila nak kahwin, rasa dah malas nak jawab sebab calon langsung takde. Tiba-tiba jer nak bertunang? Bulan depan nak tunang baru sekarang nak beritahu. Mak lah orang yang paling terkejut sekali. Takde angin takde ribut. Inilah yang dikatakan jodoh, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Hari Sabtu lepas 17/8/3013, terikatlah satu ikatan antara kakakku dengan pasangannya. Haa, bukan saya tapi kakak saya. Rombongan merisik & bertunang sekaligus. Memandangkan hari raya ni ramai saudara mara yang ada di rumah untuk pulang ke kampung, maka kesempatan ini digunakan untuk mengadakan majlis ini. Walaupun 'si pengantin' ni beritahu pada last minute.

Akak, akak, jumpa juga jodoh kau ye. Tahniah aku ucapkan. Tahun ni tahun terakhir lah kita raya sama-sama, lepas ni kau kena ikut future H. Aku tumpang gembira akak dah nak mendirikan masjid tapi pada masa yang sama rasa sedih sebab ada orang dah 'ambil' kakak kita. Lepas ni, tak boleh lah aku nak ajak kau keluar jalan-jalan, tolong jadi driver aku sekejap, pinjam barang-barang kau. Dan rumah kita dah kurang seorang, tak bestlah kalau nak gaduh nanti tak cukup geng. Okayyy, tak nak sedih-sedih dah.

Ni sebelum majlis bermula. Eee, disebabkan akak yang 'menyorok'di dalam rumah, aku yang jadi mangsa. Tengah sibuk layan tetamu, "ni ke yang nak bertunang tu?", "Eh, bukan saya, kakak sayalah, dia kat dalam". Bukan seorang dua yang tanya, tapi hampir kesemuanya. Haish, sabo jelaa. Ni semua sebab baju aku yang 'over' ke? Haha, jangan marah ea kak.

Hantaran, 7 berbalas 9. Last minute punya pasal, tak sempat nak gubah sendiri, semuanya tempah jer. Nampak tak secret recipe tu? Sebenarnya keesokan harinya, 18/8 merupakan birthday mak. Jadi kek tu kira macam kek birthday mak jugak, walaupun kek dari pihak lelaki. Selamat Hari Jadi Mak. Terima kasih kerana telah mendidik & menjaga Tina dari kecil hinggalah sekarang ni.

This is the cake !!

Eh kak, sapa yang amik gambar kita ni? Aku hanya mampu melihat melalui pintu jer...maklumlah kat depan sume tu ramai orang time ni.


Ni lah mangsa buli kami. 
Ati (adik), lepas ni tinggal kita 2 jer, jadi geng la lepas ni. And welcome to the club, next year dah tak jadi budak skola dah. Good luck trial SPM. Cian ko, raya tak tenteram. Nak hadap buku lagi kan.


Pengantin "baru". Dah sibuk-sibuk layan tetamu, terlupa nak bergambar di pelamin. Esok tu kitorang suruh mak & ayah pakai lawa-lawa, posing sikit.


 Last but not least. Bila lah turn aku pulak ni kak?

Okay, tahniah lagi sekali kak. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Eh, baru tunang kan. Lagi 4 bulan jer lagi. jaga-jaga, darah tengah manis ni.

Tak sabar nak makan nasik minyak !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...