Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Just a Random Sight From My Eyes - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak korang duduk keseorangan di tempat awam? Contohnya, sementara nak tunggu wife/husband bershopping tiba-tiba rasa penat, malas dah nak temankan, duduk sorang2 kat tepi kerusi? Jadi sementara nak menunggu mesti kita dapat lihat pelbagai ragam manusia yang lalu-lalang di hadapan kita. Jika kita fikir-fikirkan, hanya dengan melihat persekitaran seperti ini, kita dapat 'belajar' sesuatu.

photo by google

Minggu lepas saya kena pergi kerja menaiki kenderaan awam iaitu bas rapid atas sebab-sebab tertentu. Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit yang dirasakan sungguh bosan terasa seronok melihat pelbagai situasi sepanjang perjalanan, antaranya :

(i)
Semasa bas berhenti di lampu isyarat, saya terlihat seorang anak kecil di dalam stroller. (tak tahu apa nama dia tapi tempat letak baby di dalam kereta tu). Baby tu sedang minum susu botol, tapi susu tu tak sampai pun ke mulut dia. Then, ayah dia yang kat sebelah tolong pegangkan botol susu tu sambil tarik tangan anaknya supaya memegang botol tersebut. Tapi maybe baby tu malas, dia tak nak pegang. Dengan penuh kesabaran ayahnya pegang botol susu tersebut sambil memandu. 
Korang 'nampak' tak apa yang aku 'nampak'?

(ii)
Seorang pelajar sekolah, sedang membaca buku di dalam bas. Buku ekonomi sempat aku skodeng buku apa dia baca. Mungkin ada peperiksaan di sekolahnya pada hari tersebut. Dulu aku pun sepertinya, pantang ada masa terluang pasti nak baca buku. Nak pergi mana-mana wajib bawa buku (bawak jer tapi tak baca pun). Tapi kalau di tempat terbuka agak susah untuk ingat apa yang kita baca sebab suasana yang kurang kondusif. Namun, setiap orang ada cara belajar mereka tersendiri kan.

(iii)
Kat dalam bas yang saya naik tu ada tempat duduk khas untuk orang tua, wanita mengandung & seumpamanya. Tapi tempat itu telah dipenuhi oleh orang yang masih mampu untuk berdiri. Kemudian kelihatan seorang wanita yang agak berusia naik bas tersebut, tapi orang2 yang duduk tu buat selamba jer. Nak bagi wanita itu duduk, saya pun terpaksa berdiri juga. Mengikut pandangan saya, yang duduk tu bukan warganegara Malaysia, sebab penampilan yang macam orang asing. Mungkin mereka tiada sensitiviti kot.

Situasi yang sama tapi waktu berlainan.
Kelihatan seorang wanita (tapi masih sihat) naik ke dalam bas. Dia mencari tempat duduk, tapi kerusi itu basah. Dengan sukarelanya, seorang lelaki bangun dan beri tempat duduknya kepada wanita tersebut. Sejuk mata memandang. Kali ni lelaki Malaysia. Alhamdulillah ada lagi orang macam ni. 

(iv)
Semasa bas tu berhenti di lampu isyarat, saya terlihat seorang pemuda di dalam keretanya sedang seronok makan kuih raya. Dia sorang jer dalam kereta. Nampak seperti dia begitu menikmati kuih raya sambil dengar lagu-lagu di radionya. Kelakar pun ada, kalau lah dia tahu saya sedang melihatnya, agak-agak dia nak bagi tak saya kuih tu?

Hanya melalui pemerhatian, saya dapat belajar sesuatu. Kadang-kadang ia membuatkan kita rasa sedih, gembira, kelakar, geram, bersyukur etc. Dan saya dapat rasakan di Malaysia kita seperti sebuah keluarga. Walaupun mereka bukan darah daging kita, tapi kita tetap panggil 'mak cik', 'pak cik', 'aunty', 'uncle'.  Pernah tak anda alami situasi seperti ini? Jom lah kongsi cerita anda pula. 

Saya Sayang Malaysia!
Salam Kemerdekaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...