Assalamualaikum w.b.t.
Petang itu selepas pulang dari kerja aku makan nasi dengan penuh nikmatnya. Kalau perut lapar, makan apa-apa pun pasti sedap. Alhamdulillah dah kenyang. Malam pula, ayah beli makanan dari pasar malam. Roti john, tauhu bakar, koew teow goreng, ABC dan apa lagi aku dah tak ingat. Dah berkurun jugak tak makan benda-benda macam ni. Sekali ada depan mata, tak menang mulut nak makan mana satu. Sampai aku cakap macam ni, "laaa, nak makan lagiii, tapi perut dah penuh :( " (sambil buat muka sedih tak dapat nak makan sampai habis). Lepastu mak jawab "kalau perut tengah kosong nak makan lagi boleh laa, ni dah penuh macam ni pun tak cukup lagi". Serius, nafsu nak makan time tu memang tahap maksimum.
![]() |
| Gambar lama - gelojoh gila budak ni makan |
(ii)
Keesokan harinya. Seorang member call "Teena nak join kitorang makan Dominos lunch ni?" "Nak nak nak". Ada 5 jenis pizza semuanya, dan akulah orang paling excited tengok semua pizza tu. Ada ayam, aku amik sikit jer dulu. Pastu member tanya "ni ayam sapa?" "Aku" "ko dah gigit tak" "belum, eh dah dah". Dia tergelak, faham lah tu yang aku tak bagi dia ambil padahal baru sentuh sikit jer. Kemudian, semua dah habis makan, tapi aku masih menguyah. Apasal diorang makan laju sangat ni. Sakit kot mulut aku nak kunyah banyak2+cepat2. Diorang tengok aku sambil, "takpe kau makan jer dulu, kitorang tunggu". Then ada sorang cakap, dia ni badan jer kecil, perut besau.
(iii)
Malam ni, dinner. Macam biasa makan nasi, lepastu ada bubur lambuk, aku makan lagi. Habis makan terasa macam perut dah jadi belon. (Kalau cucuk jarum pasti meletup). Aish kenapa ni, tak puas makan lagi, kenapa dah tak boleh nak masuk lagi. Ni bukan perut besau tapi dah semakin kecil ada lah.
Baru-baru ni ada pergi kenduri kahwin, makan ayam masak merah. Tiba-tiba rasa fobia pulak.
P/s - petang tadi makan ais krim, nak sejukkan badan. Kononnya.

Ulasan
Catat Ulasan