Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya aku bukanlah seorang yang rajin sangat bab nak meng'iron' baju & tudung ni. Sekali dah pegang iron tu berjam-jam baju aku tak siap iron lagi sebab aku akan pastikan baju aku takde segaris kedutan pun. Sebab tu aku suka pakai shawl yang bercorak. Just grab it & wear. No need to iron. Disebabkan shawl itu ada corak-corak, maka kedutan itu pun tidak kelihatan. Nampak tak muslihatnya di situ.
Aku ada terbaca satu entri di blog Fatin Liyana pasal Hospital Beyond Boundaries (HBB). Salah satu cara untuk kita menyumbang ke HBB adalah dengan membeli shawl di OMGorgeous. Sebenarnya aku memang tengah survey nak beli tudung mana yang dirasakan berbaloi untuk dibeli. Setelah membaca blog Fatin Liyana, aku membuat keputusan untuk shopping kat OMGorgeous. Sebabnya, kita boleh membeli sambil beramal kerana sebanyak RM5 daripada pembelian akan disumbangkan kepada HBB.
So korang apa lagi, jom kita membeli sambil beramal di OMGorgeous. Bukan setakat yang perempuan jer boleh beli shawl, orang lelaki pun boleh jugak. Pastu korang hadiahkan kepada mak, kakak, adik korang. Kalau nak beli pastu hadiahkan kat aku pun boleh jugak. Hehehe.
Dan Selamat Hari Raya Aidiladha :)
Hari ini rumahku 'full house',jadi ada banyak makanan di rumah : nasi himpit, rendang, lontong, kek coklat, cheese tart (my handmade)...soo heaven
Dan Selamat Hari Raya Aidiladha :)
Hari ini rumahku 'full house',jadi ada banyak makanan di rumah : nasi himpit, rendang, lontong, kek coklat, cheese tart (my handmade)...soo heaven
Ulasan
Catat Ulasan