Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Satellite Pharmacy - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Berita pagi ini. Selamat pagi saya ucapkan kepada para pembaca sekalian. Hari ini saya akan membentangkan laporan bulanan selama saya bertugas di Satellite Pharmacy@Farmasi Satelit. Jika anda berasa sedikit mengantuk untuk mendengar laporan ini, sila ambil chocolate cake & fresh orange sebagai sarapan yang telah saya sediakan di luar studio ini.

Apa itu satellite pharmacy?

 --->Ia merupakan sebuah farmasi yang lebih kecil yang terletak selain di farmasi utama.

Pada minggu lepas, selesai sudah satu daripada beberapa unit dalam attachment saya sepanjang praktikal di farmasi iaitu di satellite pharmacy. Di Hospital Melaka terdapat 3 satellite pharmacy iaitu satelit 3, satelit 4, dan satelit 5. Secara amnya, satellite pharmacy di hospital ini membekalkan ubat-ubat untuk kegunaan wad (inpatient) kecuali satelit 5 (consist of outpatient & inpatient).

Satelit 3

Sebelum itu, kenapa ia dipanggil satelit farmasi 3? Sebab dia berada di aras 3 (baca dengan nada comel). Di farmasi satelit, kami perlu membekalkan ubat-ubatan untuk 'floor stock' & 'unit-of-dose'. Ini secara generalnya sahaja, secara amnya, jika pihak wad memerlukan ubat bagi kes-kes tertentu, mereka boleh mendapatkan ubat di farmasi satelit ini ataupun di farmasi utama jika ubat tersebut tidak terdapat di satelit farmasi (apa lah pembaca berita ni, ayat belit-belit).

Anda nampak 2 troli di atas? Itu adalah troli di mana kami akan bekal ubat bagi unit-of-dose. Di aras tiga terdapat 'medical ward' & 'surgical ward'. Ada wad 3-1, 3-2, 3-3 & 3-4.

Biasanya, slip ubat bagi setiap hari akan dihantar pada sebelah pagi bersama troli & box floor-stock. Tapi kalau ada slip tambahan selepas itu, slip tersebut akan dihantar melalui kaunter ini.

Satelit 4

Kenapa ia dinamakan satelit 4? Saya yakin ada sudah tahu jawapannya kan. Tugasan di sini sama seperti di satelit 3. Ada wad 4-1, 4-2, 4-3, 4-4 from medical & surgical ward.

Ini box untuk 'floor-stock' items. Cukuplah saya hanya tunjukkan 2 boxes sahaja, sebab kalau nak tunjuk semuanya memang bertingket-tingket terutamanya di farmasi utama.

Pada sebelah pagi pihak wad akan menghantar box yang kosong dan mengisi senarai ubat yang dikehendaki di dalam buku indent (yang warna coklat). Kemudian kami akan beri ubat tersebut dan isi di dalam box ini. Gambar di atas adalah box yang telah siap diisi ubat.

Kedudukan & susunan ubat lebih kurang sama dengan satelit 3.

Satelit 5

Di satelit 5 terdapat 'outpatient' & 'inpatient' department. Tapi kerana terlalu fokus buat kerja, saya terlupa nak bergambar di satelit 5 (nampak tak dia punya gigih bekerja).




Hah, anda jumpa mamat korea? Haha. All photos taken from the same position. Yang pakai coat putih adalah pegawai farmasi. Yang uniform kelabu adalah pembantu pegawai farmasi. Yang lain-lain, practical student.

Itu sahaja laporan untuk bulan ini. Diharap anda terhibur dengan berita yang saya sampaikan walaupun terdapat sedikit kesalahan intonasi kerana saya adalah 'last-minute' pembaca berita. Sekian, berita untuk hari ini. Oh, makanan tadi ada banyak lebih, jadi sesiapa yang masih lapar boleh ambil chocolate cake & fresh orange di tempat yang sama anda ambil tadi. Hehe, makanan dalam fantasi pun jadi lah ye.

Hari ini result exam dah keluar. Saya dapat 4 flat (feel excited). Alhamdulillah. Okay, tak payah nak happy sangat sebab semester ini takde final exam pun, semua markah diambil daripada logbook sepanjang tempoh praktikal kami. Rasanya semua orang dapat 4 flat untuk semester ini. Anyway, ini first time saya dapat 'pukul rata'. Itu yang excited sikit.

P/S : akhirnya blog berupdate juga, ku kuatkan fizikal & mental untuk menulis walaupun dalam kesibukan ini. Maaf jika dah lama tak blogwalking ke blog anda.



Salam Maal Hijrah :)  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...