Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Teknik Pembelajaran Menjelang Peperiksaan - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Link
Lebih kurang dua minggu lagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menghadapi peperiksaan. Dua minggu terakhir ini merupakan fasa kritikal. No more facebook, no more twitter, no more instagram or so whatever like that. Jika anda seorang blogger, sepatutnya dah boleh berhenti berblogging buat sementara waktu, tapi macam mana korang nak baca tips yang aku bagi ini pulak. Takpe, calon SPM untuk tahun depan boleh baca. Hehe. Jadi, antara cara aku belajar masa SPM dulu :

1. Buat soalan SPM tahun-tahun sebelumnya
Buat seberapa banyak set soalan, sampai anda dah dapat agak soalan apa yang akan ditanya. Sebab kebiasannya soalan yang sama akan berulang, cuma ayat tu diorang 'twist' nak bagi kita keliru.

2. Fokus pada tajuk yang anda kurang faham
Sebelum ini sudah pasti anda (calon SPM) telah mengharungi pelbagai peperiksaan sebelum menghadapi SPM yang sebenar kan? Jadi, semestinya anda sendiri tahu bab apa yang kita masih kabur-kabur/tidak faham 100%. Cuba baca dengan tenang, fahamkan konsep/formula yang diberi. Contohnya subjek Fizik, faham dulu teori dia, kemudian apply dengan formulanya, apa logiknya formula tu. Inilah yang aku buat masa study Fizik, bukan hafal bulat-bulat tapi satu apa pun tak faham.

3. Buat nota melalui kefahaman sendiri
Setelah ulangkaji, cuba anda 'keluarkan' apa yang anda faham melalui pembacaan itu. Tak kisah lah nak lukis diagram, nak tulis ayat, yang penting kita faham apa yang telah kita baca, dan anda pun faham nota yang telah anda buat. Nak tahu nota anda tu senang difahami atau tidak? Cuba suruh kawan anda baca dan tanya dia faham ke tak. Kalau dia faham tu okey lah, tapi kalau dia tak faham pun takpe sebab kita yang nak baca sendiri kan.

4. Bertanya kepada yang lebih arif
Sudah buat banyak latih tubi, tapi kita masih mengulangi kesalahan yang sama. Cuba tanya kawan anda, mungkin mereka dapat berikan jawapannya. Masalahnya, kawan itu pun sama seperti anda, tak faham juga. So, rajin-rajinkan diri pergi ke bilik guru dan tanya cikgu. Dulu kat sekolah aku, cikgu-cikgu semuanya sangat supportive. Mereka tak akan biarkan kita keluar tanpa kita faham apa yang ditanya. Serious, cikgu kat KISAS semuanya baik-baik.

5. Study Group
Bergantung kepada setiap individu, ada yang suka belajar secara berkumpulan, ada yang tak. Tapi bagi aku study group ini perlu sebab kita dapat share & ajar kawan-kawan lain. Yang pasti dalam group itu perlu ada seorang yang boleh dikatakan 'cemerlang' dalam akademiknya.

6. Hubungan dengan Allah & hubungan dengan manusia
Solat 5 waktu jangan tinggal (bagi yang muslim). Jaga hubungan dengan ibu bapa, guru-guru & kawan-kawan. Jangan buat perkara yang akan mendatangkan kemarahan mereka, kerana di situ terdapat KEBERKATAN. Kadang-kadang kita berjaya bukan sebab kita ni pandai/rajin tapi sebab doa mak ayah & guru-guru untuk kita.

Dulu sebelum SPM, sekolah aku ada buat majlis bacan yaasin & solat hajat. Selepas itu, ibu bapa perlu buat satu bulatan besar dan para pelajar perlu salam semua ibu bapa. Dan parents pula perlu mendoakan sambil pegang kepala setiap pelajar. Maksudnya, ada lebih kurang 100 emak yang telah mendoakan untuk aku. Masa tu rasa sebak sangat, macam nak pergi berperang pun ada. Dah lah mak ayah aku datang dari Melaka ke Klang, jauh perjalanan, sangat terharu aku. Lebih sedih lagi, ada kawan yang tinggal di Kedah, Penang, parents mereka tak dapat datang. Tapi parents kami ada untuk mendoakan mereka, memang terasa kesyahduannya. Sampaikan ayah aku cakap kat parents yang lain, "macam ni boleh dapat 11 A lah budak-budak sekolah ni". Alhamdulillah, masin mulut ayah aku tu.

7. Guna tips yang telah diberi oleh guru
Jika guru anda telah bagi tips semasa bengkel menjawab soalan, gunakan sepenuhnya tips tersebut. Kalau tak dapat nak ambil semua sedikit pun jadilah. Macam aku, semua ilmu yang diajar oleh cikgu akan aku guna sebaiknya. Contohnya, english essay. Cikgu aku ada bagi contoh essay yang 'high class' punya. So, aku study vocab yang digunakan, try buat ayat bombastic sikit. Then, try to make your own essay based  on the new vocab & let your teacher check your essay. Dia akan betulkan mana yang sepatutnya. And it works! Bayangkan subjek yang aku paling lemah adalah English & pernah gagal. Even add math pun tak pernah gagal. Dan aku tak pernah dapat gred A pun dalam peperiksaan, tapi SPM dapat A+. Perasaan masa tu macam sangat-sangat tak percaya. Menangis aku bila jumpa teacher Rajeswary. Thank you teacher.

8. Betulkan niat
Ini perkara paling asas dan agak susah untuk istiqamah. Belajar bukan semata-mata kerana peperiksaan, tapi kerana Allah, kerana sukakan ilmu. Tapi kalau dah stress, niat tu macam dah kabur. Sama macam hati kita, mudah digoda dengan nafsu. Tenangkan fikiran, mengadu kepadaNya & muhasabah diri.

Lagi tips? Entah, zaman SPM aku dah berlalu, ingatan pun macam dah lupa sikit-sikit. Tapi, aku rindu sangat nak menuntut ilmu di sekolahku, di Bumi Waqafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah. Rindu nak solat jemaah sama-sama, rindu nak dengar tazkirah, rindu dengan sahabat-sahabat, rindu dengan cikgu-cikgu, rindu kat semua yang ada di sanalah. Sekarang semua dah beterbangan di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran.

Dan kepada adik-adik di luar sana, SPM bukanlah segalanya tapi segalanya bermula dengan SPM. Ye, dulu aku bukan 'best student' pun, setiap kali exam, result biasa-biasa jer. Tapi dapat 'Anugerah Lonjakan Saujana' sebab keputusan SPM yang...'okeylah'...Rasa macam aku ni dulu-dulu antara yang tercorot jugak. But, who cares. We learn from the mistakes. And I make it. Alhamdulillah.

P/S - Good luck to all SPM candidates especially my sister, Izzati :) I know u can do it!

All the best !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...