Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Universal Studio Singapore Part I - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, 9/11/2013 (Sabtu) aku dan keluargaku  telah pergi ke Universal Studio Singapore (USS). Sebenarnya sekolah adik aku yang buat rombongan ni, memandangkan ada tempat kosong, jadi kami pun join sekali rombongan diorang. 

Mesti korang sume dah pernah pergi ke USS kan, aku jer yang lambat pergi. Anyway, ini adalah pertama kali aku travel out of Malaysia. Walaupun seberang laut jer, at least merasa la jugak ada passport & travel to oversea. Heee. Dan untuk memudahkan korang yang ingin travel around Singapore boleh usha-usha travel agency INI. Macam-macam ada tau.



Okay, jom kita mulakan cerita di USS. Kat sini ada setting Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City & New York. Benda wajib yang perlu dibawa adalah KAMERA. Sebab rugi kalau korang ke sini, tapi tak bergambar, rugi ooo.

Baru lepas naik Boat Ride. Kitorang antara yang terawal, so takde kena beratur panjang-panjang.

Family of Madagascar! Yang tiga orang tu ahli baru dalam keluarga ni.

Entry to Madagascar : A Crate Adventure. 

Ini dia tourist guide tak bergaji kitorang

Kanak-kanak ribena betul. Sebenarnya masa ni kaki aku dah lenguh sangat, alang-alang dah ternampak, kita naik jela. Mak budak, bapak budak pun main sekali tau.

Bergambar sebelum naik roller coaster. Ala junior roller coaster jer, walaupun tak panjang sangat, tapi still rasa adventure. Seronok seronok seronok.

Masa kitorang tengah naik roller coaster, akak bergambar dengan princess apa entah nama dia. Kakak aku dah bertaubat lepas naik roller coaster kat genting dulu, itu yang dia tak berani naik lagi. Tapi aku pun nak bergambar jugak dengan princess ni, puas cari, satu princess pun tak keluar. Huhu.

Shrek 4-D Adventure best giler! Effect dia sangat real.  Masa si donkey tu bersin, tersembur air liur dia kat kitorang. Semua yang ada kat dalam tu cakap 'eeeuww'. Then, ada scene Shrek nak buang semangkuk labah-labah ke tanah, tiba-tiba terasa ada sesuatu bergerak di kaki. Automatik aku angkat kaki time tu jugak. Memang terasa effect dia.

Kat sini rupanya si Shrek tinggal. Puas aku ketuk pintu tapi dia tak nak buka pun. Nak balik aaa macam ni.

Hmm, tak tahulah apa nama patung ni, tapi yang pasti biskut dia sedap. Heee.

Haaa, ada pun gambar adik, Nabil. Walaupun kitorang satu rombongan, tapi  kat sini aku jalan bertiga dengan mak & akak aku sebab yang lain sume ikut cikgu. 

 Gambar Nabil dengan kawan-kawan dia. Pertemuan terakhir sebelum kami membawa haluan masing-masing. Abil ikut cikgu ea, akak dengan mak nak jalan-jalan dulu.

Ini dah masuk kawasan Ancient Egypt. Besar giler 'penjaga' nih.

Sekali dia bukak pedang tu, memang tak dapat aku nak balik Malaysia semula.

With Cleopatra. Errr, biasa tengok 'dress up' dia dekat tv jer. Ni dah ada depan mata, jadi speechless jap.

Muka dia poyo jer kan. Dah lah tinggi + besar, aku nak bergambar pun macam takut jugak la.

We're really in Egypt !

Nak merasa naik  desert jeep? Datanglah sini.

Currently we're at Jurassic Park area. Game yang ada di sini semuanya adventure. Sesuai dengan citarasa aku.

Enjoying thrilling river craft. Memandangkan kami hanya bertiga, kena campur dengan group yang lain. Dan kami satu bot dengan 5 orang mamat kpop, kalau bot tu karam or terbalik, at least diorang ada boleh selamatkan kami. Semasa berada dalam gua, gelap giler tempat tu. Aku ternanti-nanti apakah yang menunggu kami di depan sana. Rupa-rupanya bot kami tu berada di atas  juram dan terjatuh ke bawah. Sangat thrilling & adventure. Kat sinilah kita akan berbasahan, kalau ada rain coat tu baik korang pakai.

Muka puas hati. Padahal baju habis basah lencun. Nak beli rain coat harganya 4 dolar. lebih kurang 10 ringgit duit Malaysia. Takpelah, nasib baik kitorang tak basah sangat, cuma mamat kpop tu jer basah satu badan sebab air tu kena kat dia dulu.

Nampak tak baju basah? ok tak nampak sudah. Tak sia-sia kena beratur setengah jam hanya nak naik river caft ni. Sangat berbaloi.

Sementara nak beratur kita bergambar dulu. Yang belakang tu lokasi tempat tinggal dinasour. Lepas tu kitorang naik Canopy Flyer. Ini pun best jugak (memang semuanya best pun). Macam biasa, beratur setengah jam, tapi dia punya game rasa tak sampai 1 minit pun. But it really worthly!

Muka  seronok le tuh. Haaa, tak habis cerita lagi, kita sambung di 'Universal Studio Singapore Part 2' pulak ea. Penat semalam pun tak habis lagi. Okay, see you soon...



Last but not  least...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...