Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Asal Balik Kerja Jer Makan, Asal Makan Jer Balik Kerja - Blog KakSyla

Asssalamualaikum w.b.t.

First of all, I would like to say thanks to my friend, Hanisah a.k.a. Cha (Cha, kalau kau tahu aku tulis nama kau kat sini agak-agak terharu tak -__-) because she willingly to drive me right after working hours just for buying some stuffs for my surprised-project . Hmm, what project? Secret. Nama pun surprise, so tak boleh bagitahu, kalau tak bukan surprise lah namanya kan. 

Lepas beli all sort of the stuffs, Cha ajak kitorang pergi makan kat See U ataupun nama glamour dia 'Jumpa-Awak-Lagi-Minggu-Depan'. Aku pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak nama, nama See U jugak yang dipilih oleh pemilik restoran ini. Motif amik gambar sambil tutup muka dengan  buku menu tu sebab nak cover muka lepas balik kerja. Selekeh weh, even Cha cakap style aku time pergi kerja/kuliah berbeza gila dengan style bila berjimba-jimba. Aku pun rasa macam tu jugak. Sebab mood nak belajar tu tak sama dengan mood nak ber'enjoying'. Sebab mungkin jugak mood nak pergi kerja & kuliah tak soo happening macam nak pergi tengok wayang, shopping, jalan-jalan. Hipotesis nya, semakin bergaya baju yang aku pakai, semakin gembira mood aku pada hari itu. Adakah hipotesis ini diterima?
Eh eh kenapa rasa macam melalut jer ni? Okay, ni che nak mai bagitau kat hampa tadi che makan mee kat restoran 'See U' (haa, kan senang cakap straight to the point). Nampak macam sama jer ketiga-tiga mee ni kan, tapi sebenarnya lain-lain. Ada Traditional Mee Pan, Tom Yam Mee Pan & Vege Mee Pan. Basically kat sini makanan berasaskan steamboat tapi macam tak reti nak pilih yang mana satu, aku pilih mee jer. Dan diorang pun ikut aku nak makan mee jugak. Yang sedihnya punyalah lama aku nak habiskan mee ni sebab mungkin bukan selera aku kot. Nasib baik ada Abu yang offer nak tolong habiskan mee nih. Tq  Abu! Lepas tu bila dalam kereta rasa nak terkucil sebab hirup sup dia banyak sangat, Cha kau tak perasan ke aku menahan sesuatu kat dalam kereta tadi? hahaha.
Beberapa hari yang lalu, kitorang pun ada keluar jugak pergi makan lepas working hours. Haaii, stress sangat ke asal lepas kerja jer nak mencekikdarah. So masa tu kitorang pergi makan kat Nando's. Cha jugak yang drive kitorang kat sini. Nampak macam sikit jer makanan dia. Ini meal untuk sorang. Kalau 3 orang tu nampak macam banyak jugak lah. Masa ni perut kenyang giler, tengok juga lah harga dia kan. Ok, dah masuk perut, tak payah nak menyesal sangat lah kan. 

Ini gambar pergi makan kat De Pauh Garden, Penang. Siang tu ada exam kot, tu yang memalam release tension pergi makan King Burger kat sana. Mood nak me'release'kan tension, kite pakai lain sikit malam tu. Lain ke style aku? Maybe aku tak pernah pakai shawl ke kelas kot tu yang diorang kata aku lain. Maybe kot.
Okay ini gambar takde kena-mengena dengan tajuk entri. Tadi masa pergi mengaji kat surau, ada sorang mak cik matron bagi aku kad kahwin anak dia. Aku tak kenal sangat pun dia, baru first time nampak dia kat kelas mengaji tadi. Tapi kad dia serius unik, bentuk passport gitu. Agak-agak lepas pergi kenduri kahwin ni boleh fly ke Istanbul, passport sponsor dari penaja la katakan. 

Alamak dah pukul 12 pagi??? esok che nak p kerja na. Tidur dulu. Nunite semua =)

p/s- fuhh, akhirnya berupdate juga blog ni (lap dahi)

 Tengah tunggu duit JPA masuk nanti nak ajak diorang makan-makan lagi :) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary #SayaSayangMalaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar.  Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang  "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!!  Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut. #SayaSayangMalaysia =) Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uo...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...