Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Of TPN, CDR & TDM Pharmacy - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini aku nak tulis cerita 2 bulan lepas di mana aku telah ditempatkan di sterile lab, satu daripada attachment semasa praktikal hospital pharmacy. Di sini terdapat dua bahagian iaitu : Total Parenteral Nutrition (TPN) & Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR).

Total Parenteral Nutrition (TPN)

Based on medical dictionary, TPN is a way of supplying all the nutritional needs of the body by bypassing the digestive system and dripping nutrient solution directly into a vein.

Meh aku terangkan dengan bahasa aku sendiri (kalau tak betul mohon tegur ye). PN (Parenteral Nutrition) diberikan jika seseorang pesakit itu tidak boleh mengambil nutrien (makanan) secara normal iaitu melalui mulut disebabkan sebab-sebab tertentu seperti malabsorption disorder, prolonged coma, preterm baby, etc. Jadi mereka akan diberi nutrien melalui saluran selain daripada mulut.

Jadi semua nutrien itu perlu disediakan di dalam bilik khas iaitu clean room. Di dalam bilik ini kami perlu mengamalkan aseptic technique dan perlu memakai pakaian khas. Ada 3 lapis semuanya, lapisan pertama seperti gambar aku kat atas, macam nak masuk dewan bedah kan. (ada gaya boleh jadi Doktor Teena tak?).

Bila dah masuk kat dalam ni, kena pakai  jumpsuit, hair cover & kasut khas. Pertama kali aku buat TPN ni rasa excited giler. Sebab bukan semua orang dapat pengalaman macam ini. Sepanjang aku attach kat sini, 5 kali aku dapat masuk. Itu dikira bertuah sebab ada kawan aku dapat masuk sekali jer dan ada yang tak pernah masuk pun. Disebabkan tiada pelatih lain selain aku & Abu, jadi sebab itu kami dapat masuk banyak kali.

Haaa. Sakai giler Kak Asra. Inilah dia staff yang banyak mengajar aku sepanjang menyediakan PN. Basically, untuk menyediakan PN ini, teknik itu penting, tak kisah sama ada kau tahu buat atau tak, tapi kalau guna teknik yang betul, senang jer nak buat. Kak Asra buat laju giler & sangat cekap. Mula-mula aku buat, slow sangat, solution selalu tertumpah, syringe out tak cukup amount, patahkan ampuole tak betul. But once kita dah tahu teknik dia, semuanya mudah. 

Gambar ni diambil di sebalik cermin. Haa baju biru ni lapisan ke-3. Waktu ini sudah pukul 3++ petang. Biasanya pukul 11 pagi kami dah masuk. Sekali masuk dah tak boleh nak keluar, so kena makan kenyang-kenyang, buang apa yang nak buang. Dah 4 jam lebih kitorag kat dalam ni, tu yang sakai terlebih. haha. Aku sangat lapar & nak terkucil. Tiba-tiba Kak Asra cakap kena buat eye drop. Nak tak nak kena buat jugaklah.

Lepas jer habis terus belari keluar masuk toilet. Dah sampai toilet baru perasan aku terpakai selipar khas untuk masuk ke bahagian bilik tu. Kalau diorang tahu habislah aku. Tak tahan punya pasal. Hahaha. Shhhh, jangan bagitahu sesape tau.

Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)

Based on medical dictionary, cytotoxic drug is any drug that has a toxic effect on cells; commonly used in chemotherapy to inhibit the proliferation of cancerous cells.

Jika seseorang menghidapi kanser, mereka perlu menjalani kemoterapi. Jadi ubat-ubat itu perlu disediakan berdasarkan kuantiti yang diperlukan pesakit itu. Disebabkan di CDR, ubat-ubat yang digunakan sangat berbahaya & toxic, aku masuk sekali jer. Itu pun sebab nak hantar logbook. Bahaya kot terutama bagi wanita yang belum berkahwin. Kat dalam ni aku lebih banyak melihat daripada menyediakan bahan-bahan.

Sumber : google
Kat sini kami perlu pakai respirator. Penat kot leher aku pakai topeng, berat & rimas tapi seronok. I got another new experience on that day.

Untuk CDR ni, aku tak tahu nak explain panjang jela sebab takut salah bagi info.

Therapeutic Drug Monitoring (TDM)

Ingat lagi tak entri yang aku update masa kat TDM? Aku ada cerita serba sedikit pasal apa aku buat kan, so kali ni aku nak tunjuk gambar jelaa.

Currently, I'm handling that machine (Viva E) to run a blood sample. Nampak complicated kan sampai asyik garu kepala, susah bebenar ke. Mula-mula jer macam blur, tapi bila dah bertanya & diajar cara menggunakannya baru aku tahu. Malu bertanya sesat jalan kan. *sila rujuk entri yang lalu*

1. Centrifuge - machine used to separate blood sample.
2. Blood sample - we just take the serum of blood (the clear one on upper part).
3. Me - handling the blood sample.

Aku suka attach kat TDM. Banyak benda baru aku belajar dari Miss Sharon & Mr Quak. Diorang pun sentiasa menjawab setiap persoalan yang aku lontarkan. Cuma part blood sample tu aku geli laah. Bukan takut cuma aku rasa bahaya, darah kan ada banyak bacteria. Dan perlu berhati-hati, kita tak tahu itu pesakit tu ada HIV ke kan. 

Sebab inilah aku tak pilih medic, sebab geli tengok kotor, luka-luka. Walaupun ramai yang mempersoalkan why I chose pharmacy, tapi suka hati akulah nak pilih bidang apa, aku yang kena belajar, bukan diorang. Tetiba teringat kenangan lama pulak -_- haha, last2 kena jugak hadap blood sample ni, hmm, geliii.

So ini jer cerita aku untuk attachment kali ini. Sebenarnya aku pun dalam proses pembelajaran. Jika ada salah silap info, mohon diberi teguran. Banyak pengalaman yang aku peroleh sepanjang berada di  unit ini. Semoga pengalaman ini dapat membantu di kemudian hari.


Moral of story  :
- Jangan takut untuk pilih bidang yang kita nak, pedulikan apa orang nak cakap.
- Bertanya. Jangan sombong/malu. Dalam pembelajaran tak boleh malu-malu
- Pengalaman adalah guru yang terbaik. Gunakan peluang yang ada untuk menimba lebih banyak pengalaman & ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...