Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Siaran Langsung Dari TDM Farmasi - Blog KakSyla


Assalamualaikum w.b.t.

Hello everyone, how are you peeps? Serious sekarang aku rasa macam sibuk sangat, blog pun macam  dah terabai sikit. Kalau tak percaya cuba tengok kat bahagian 'archived', entry untuk bulan Disember baru berapa ketul jer.

Kalau baca lagi sekali tajuk kat atas ni, sekarang aku berada di TDM Farmasi (Therapeutic Drug Monitoring). Maksudnya aku sedang update belog ini ketika waktu kerja. Giler kot seorang pelajar dengan penuh beraninya bermain dengan Ipad dia (sambil buat muka tak bersalah) ketika sedang melakukan khidmatnya. Well, ini Teena Tna, biasa lahhh...

Sebenarnya aku rasa macam dah boring nak citer pasal praktikal farmasi kat sini. Tapi bila fikir-fikir balik, nanti kalau dah habis praktikal aku nak lah ada beneficial values yang telah aku patrikan dalam blog ni. At least, time nak sambung study or kerja nanti ,dah ada pengalaman praktikal & tiba-tiba terlupa ke, boleh aku baca blog ni sambil mengimbau kenangan silam (ayat macam tak kena jer).

So sebenarnya aku cerita satu kisah. "Malu bertanya sesat jalan".

Kawan-kawan aku ramai yg cakap attachment kat TDM ni quite boring. Mula-mula aku pun rasa begitu jugak, tapi lama kelamaan rasa seronok sebab aku (dengan muka tak malunya) asyik dok bertanya itu ini. Sebenarnya apa yang aku tanya itu pun bukan dalam silibus kitorang tapi disebabkan boring aku pun tanyalah. Sampai Mr. Quak (pegawai dekat situ) ajar kitorang ala lecturer & student, dia menulis di white board, kitorang sibuk mencatat nota kat kertas. Dan dia jugak ajak kitorang ikut dia pergi ward round.

Muka dia nampak teruja sebab maybe sebelum ni pelatih-pelatih yang attach kat situ tak banyak bertanya. Tiba-tiba datang aku yang tanya itu ini macam pelik jer "wow she's soo interested to learn". Haha.

Okay, nantilah aku buat laporan pasal praktikal aku tu, nak amik mood dulu. Sebab rasa macam serabut, dengan assignment, kenduri nanti, bla bla...Walaupun takde orang nak baca laporan tu tapi aku kena tulis juga because it's for my memory & guideline in future.

Till then, daa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...