Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Throwback : Cameron Highland - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini nak feeling pergi vacation. Walaupun cuti sekolah kali ini tak pergi mana-mana, dan takde member yang nak ajak pergi holiday T_T, so saja nak letak gambar masa pergi Cameron Highland beberapa bulan dulu.
Selepas berhempas-pulas menjawab kertas terakhir final exam, tiba-tiba dapat mesej "mak dah sampai kat kolej ni". Kali pertama family datang hantar aku kat UiTM Pulau Pinang masa mula-mula daftar (perasaan 'terpaksa' sangat time tu). Kali ni aku nak tinggalkan universiti, mereka datang sekali lagi dari Melaka ke Penang (perasaan gembira).

Best tau belajar jauh-jauh, walaupun takdelah jauh mana tapi cukuplah bila dapat bawak famili round area tempat kita belajar macam kat Penang. Macam-macam makanan aku suruh diorang rasa, Penang kan kaya dengan pelbagai jenis makanan. 

Seharian di Penang, keesokannya kami ke Cameron Highland pula. Terasa sangat relieve sebab dapat hilangkan segala tekanan perasaan semasa final exam.

Betul-betul rasa otak ini segar & sudah ringan setelah melihat bunga-bunga yang dah macam dalam citer hindustan. Tiba-tiba nak joget kat tengah-tengah tu, bajet si heroin & si hero.

Ditambah pula bila disajikan strawberry chocolate, hmm inilah nikmatnya bila dapat berholiday after final exam. Rasa nak amik final exam sekali lagi lepas tu nak berholiday lagi sekali. Ok aku tipu, tak kuasa lah nak menjawab soalan pharmacology lagi sekali. i dont want. i dont want.

 Tengok tu, semua orang dah habis makan, dia tak habis-habis lagi. Nak menikmati strawberry katanya.

Abil with the sista 

salad ni kalau dapat tanam kat belakang rumah, hari-hari boleh makan nasi ayam. 

 Tempat yang paling aku suka kat sini adalah Ladang Teh, sebab dia hijau jer semua. 

Mommy Daddy. alolo sweet jer.

 Eh, mak bagi daun teh jer kat ayah? 

Lawa kan pemandangan kat belakang tu

Subhanallah. Indah sungguh ciptaanNya. Kalau kerja kutip daun teh pun best jugak. Hari-hari bangun dapat lihat pemandangan macam ni. (bukan ke petik  daun teh, instead of kutip  daun teh, lol)

 Sekarang kita berada di Ladang Strawberry pulak.

Yes ! Dak abil sudah disumpah menjadi strawberry. Kalau betul lah Abil kau jadi strawberry mesti semua orang tak nak makan kau kan sebab pahit sangat. Hahaha.

Ala Abil, jangan a marah. Kalau marah kena jual. Haha. I dont know why, but aku suka kacau dak Abil sampailah aku kena marah dengan mak baru aku tak kacau dia. Tapi 5 minit lepas tu sambung balik kenakan dak Abil.

Abil, me, mak, ayah. Kenapa muka 2 lelaki itu macam tu? Tak macam 2 perempuan itu yang manis tersenyum. hee. Manis kan mak kite senyum =)

Dah datang jauh-jauh haruslah beli something untuk dibawa pulang. Sayur jer berapa plastik mak aku beli. Murah katanya. Kalau ayah pulak nampak jer jeruk strawberry terus beli. 

Aku pulak shopping bunga. Walaupun hanya mampu bertahan selama seminggu jer di rumah, tapi aku gembira. Gembira dapat hadiahkan diri sendiri dengan bunga-bunga (nak tunggu orang bagi memang tak laahh).

Nak beli kaktus, macam tak colorful. Walaupun dia bertahan lama, namun aku memilih bunga yang berwarna-warni. Jadi untuk seminggu tu hatiku dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Tapi untuk seminggu jer  ye. Selepas tu dia pun layu di pusaraaa (eh, termenyanyi pulak).

Oh ye. Ini dia hotel tempat kami menginap. Rasanya duduk kat Cameron boleh jimat bil air, tak payah nak mandi selalu sebab sejuukk.

Nah amik kau, selonggok barang-barang yang sempat kami rembat sepanjang berada di Cameron Highland.


P/S - tak perlu nak ke luar negara untuk merasai suasana yang sejuk, kat Malaysia dah ada tempat-tempat begini. cuma sekarang dah tak berapa nak sejuk lagi. Next time nak pergi Kundasang pulak lah. dapat feeling macam berada di New Zealand pulak. Hehe. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...