Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary ...Wan... (Sila sebut dengan nada yang anda rasakan paling seram) - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Tempat kejadian : Ruang tamu rumah
Masa : 1.00 pagi (beberapa hari lepas)
Retis : Abil, Teena, Kak Lia

The name of my lil bro is Nabil Syazwan. Her friends called him Syazwan@Wan while we (my family) called him Nabil@Abil. Biasanya kawan-kawan dia bila nak ajak si Abil main kat luar rumah, dia akan panggil dengan nada Wannn (ala, aku tulis kat sini pun korang tak boleh dengar kan, takpe buat-buat faham jela eh). In fact, panggilan dengan nada ini hanya disebut oleh sorang kawan dia a.k.a sepupu kitorang.

Ni hah, si budak Nabil Syazwan
Okay, rasanya intro ni dah menerangkan serba sedikit pasal si Abil. Alkisahnya begini, selepas penat gubah hantaran, iron uniform, bukak langsir, kemas rumah segala bagai, (oh ya, kakak kita nak kahwin hujung bulan ni :) otak aku mengatakan sudah tiba waktunya untuk tidur Teena. Ok tapi sebelum tidur kena pergi toilet dulu. Keluar jer toilet,

"Teena, kau dengar tak ada orang panggil 'Wan'?", tanya kakakku.
(Dengan muka blur) "Aah lah, ada orang panggil 'Wan'. Abil, ada orang panggil kau lah kat luar."
Abil sengih jer, antara ikhlas & tak.

"Abil, ada orang panggil kauu, pergilah tengok."
Sekali lagi dia hanya mampu tersenyum.

Waaaannn...(baca dengan nada seram)
"Habislah kau malam ni, masa tidur jangan pandang tepi tau, nanti ada 'orang' tidur sebelah kau" best pulak sakat budak ni tengah-tengah malam buta.

"Nanti tengah-tengah malam kang, mesti 'dia' datang nak carik kau" Akak aku pulak kacau dia.
Serius, cuak kot muka dia.

Okay, malas nak layan budak ni terus masuk bilik. Tapi sebelum tu stop jap kat depan pintu bilik sambil cakap "Waaaannn......" Sambil gelak besaaar.

10 minit kemudian...

Tiba-tiba ada orang tarik selimut aku. Dak Abil menyempit nak tidur sebelah aku pulak. Aishh. Posisi aku dekat dengan dinding, jadi ruang antara aku dan dinding memang sempit sangat. Boleh pulak dia baring kat situ sambil amik bantal bucuk tutup muka. "Eeee, weh kau dah besar tau tak" menyibuk laahh. "Ala takpelah, esok Kak Lia keje malam, Abil teman kan akak lagi eh".

Hello, kau temankan aku ke aku yang temankan kau? Tapi malas nak layan, biar jelah dia...

Sebelum tidur tu sempat lagi usik, Waaaaannnnnnnn.....

Hahahaha. Gelak seperti ahli sihir.

Ini dia Kakak Teena yang gelak macam ahli sihir. Muka macam berani jer nak takut-takutkan Abil eh. Padahal orang ajak tengok Highland Towers, tak nak, tengok citer Penanggal, tak nak. Pastu bila malam-malam ada iklan citer hantu cepat-cepat tukar channel. Padahal iklan je kot. 

Ala, rileks la, kalau aku tak kacau kau mesti kau bosan kan. Mesti kau boring takde orang nak layan kau. Even homework kau pun aku tolong ajarkan. Itupun kau nangis setiap kali aku ajar kau. Haha. Memang betul-betul ahli sihir. Dah tu aku nak ajar kau  mengaji pun susah, sebab tu aku download iqra kat ipad, at least masa kau tengah main game, boleh aku suruh kau baca iqra tu. 

Eh jap, kenapa aku tulis entri pasal kau ni Abil ??? ah, alang-alang dah taip publish kan jelaa. Kang tak publish, nangis. lol. Nanti bila kau dah besar & terbaca entri ni mesti kau rindu kat aku. Hah, tak rindu? Kbai.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...