Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Kakak Kite Dah Kahwin - Blog KakSyla

Assalamualaikum
"Ayah, ada orang ajak Lia kahwin"

Teringat perbualan antara Kak Lia (my sis) dengan ayah pada suatu malam. I felt like "Seriously??? tak pernah citer pun ada pakwe???". Terperanjat sangat tau. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Bulan 7 bagitahu ada orang ajak kahwin, bulan 8 bertunang & bulan 12 kahwin.

Tak puas hati, aku tanya bila akak kenal dia. Rupanya awal tahun 2013. Ada lah cerita di sebalik tu. And hujung 2013 dah kawen. (happy ending :) Eh, rasanya bukan ending, tapi starting lah. So, pada 27/12/2013 gelaran Cik Liyana telah bertukar kepada Puan Liyana. Keesokannya majlis dari  pihak perempuan (my family)

Enjoy the picture :)
Kite amik gambar ni dari penaja, Tom De Sauza

Terasa suasana kampung sewaktu majlis ini berlangsung. Walaupun selama ini memang tinggal di situ, tapi kali ini lain sikit rasanya. Baru perasan "oh, aku tinggal kat kampunglah. Bestnyerrr". Rumah kayu ni rumah nenek aku. Inilah satu-satunya gambar akak dengan mak & ayah. Serius busy giler satu hari tu, tak sempat nak bergambar sana sini.

Tema kitorang purple kuning. Kerja aku susun benda goodies nih. Lepastu, 'teena, mak kau letak pinggan kat mana?', 'kunci bilik kat sape?', 'meja bulat simpan kat mana?', 'ada sabun lagi tak?', 'ayam tak cukup nii'. Hahaha, terasa macam nak menangis time tu jugak. "which one should I do?"

Inilah projek aku. Photobook & guestbook. Yang duduk tu nenek kite. Aku pakai rembat jer mana-mana lidi  pastu suruh diorang posing, sebab tu terjadinya 'i am next' oleh mak cik berjubah hitam tu. Kalau diorang tahu maksud perkataan tu, memang habislah aku. Heee.

Majlis pada sebelah malam juga berlangsung dengan agak meriah. Mana taknya, semasa kumpulan marhaban sedang ber-ya-hanana, bunga api (yang macam tahun baru tu) juga telah dipasang. Hampir beberapa minit suasana terasa 'Wooww'. Pada malam tu jugak agak ramai tetamu yang datang. Mak pulak dah risau takut makanan tak cukup. At the end, everything goes smoothly. Bila semua orang dah balik, dak Ati & Abil berkaraoke. Aku tahan gelak jer dengar diowang nyanyi.



Akhirnya ada jugak gambar 1 family, walaupun pengantin lelaki pandang ke mana. Masa pakai baju purple tak sempat nak bergambar, kalau ada pun kat kamera photographer. Sibuk sangat nampaknya kan.


Wawawa. First time kite salam pengantin kat pelamin. Kalau tak, datang amik makanan, tengok pengantin waah-cantiknya-dia then terus balik.


Kemain angin kat sawah ni. Dah macam iklan nak tunjuk jam tangan pun ada. Yang seronoknya rumah abang ni (eh, baru perasan yang kite dah ada abang) kat tepi sawah. Sukaa sangat.

Selamat pengantin baru Kak Lia & Abang Zack. Semoga berkekalan hingga ke syurga :)
Selamat tahun baru juga kepada semua pembaca :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...