Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary The Last Malay Girl - Blog KakSyla

Assalamualaikum

Hello peeps!

Pernah tak korang bayangkan yang sebenarnya kau ni bukan seperti yang kau bayangkan. Yupp.

Babak I

Tengah borak-borak...

Me : eh, aku pemalu la. Sebenarnya aku tak banyak cakap tau.
A : Kau? Dah, jangan nak perasan la.
Me :   -_'-  (wehh, aku memang pemalu laa)

Babak II

Ingat tak, malam yang PM umum MH 370 berakhir di Lautan Hindi? Esoknya, di corong-corong radio dimainkan ucapan itu sekali lagi & diiringi dengan bacaan al Fatihah. Aku yang tengah bekerja waktu itu terasa sebak dan nak bekerja pun macam takde mood. Sempat lah jugak air mata bercucuran, tapi aku cover laa, tak nak bagi orang nampak. Tapi, muka masih nampak kesedihannya.

Me : Takde mood la nak kerja hari ni. Sedih.
B : Tau takpe. Radio pun bukak lagu sedih jer.
Me : Agaklah. Aku boleh termenangis pulak tu.
B : La yeke? Nampak jer rock, tapi menangis.
Me :   -_'-  (haa. aku. rock??)

Babak III

Tengah borak-borak, tiba-tiba dia cakap macam ni :

C : Haa, baguslah. Sorang lembut, sorang kasar.
Me :   -_'-  (aku ler tu yang dimaksudkan si kasar)


Haha. Sometimes we are not what we think. And wanna know what i think? 

I think i'm 'the last malay girl' (gadis melayu terakhir). Ahaks.

Lemme be 'the last malay girl' with my own way :/
And just be yourself 



 Keep praying for MH 370 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan.  Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang.  Ini adalah ringkasan daripada cerita k...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...