Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Apa Khabar Orang Kampung? - Blog KakSyla

Assalamualaikum

Pada suatu hari, seorang budak perempuan yang hanya suka duduk di rumahnya telah keluar untuk bergaul bersama masyarakat. Perkara ini kedengaran agak pelik kerana dia memang jarang keluar padang untuk melihat apa yang terjadi di sekelilingnya. Lebih mengejutkan lagi, sudah hampir bertahun-tahun dia tidak melihat masyarakat di kawasannya.

Pada petang yang penuh bersejarah itu, dia telah membuat keputusan untuk berbasikal mengelilingi satu kampung. Okay, ini hari yang penuh bersejarah! Serius aku cakap, memang dah lama aku tak naik basikal. Dan aku dah lama tak jalan-jalan satu kampung walaupun aku tinggal kat kampung tu. Jadi, gambar pokok pisang haruslah difokuskan untuk membuktikan aku sekarang sedang mengelilingi kampung aku wehh. 

1#Pokok mangga yang buahnya telah melepasi paras pagar. Kalau dulu kecik-kecik nampak jer ada buah kat tepi jalan, confirm aku kebas walaupun tak minta kebenaran tuan tanah. 2#Pokok rambutan yang masih muda & masih hijau. Dah nak masuk musim rambutan ke? 3#Nampak macam semak samun je? Tak. Sebenarnya kat bawah tu ade kolam. Cuba tengok betul-betul ada air kan kan kan? 4#Yang gambar paling besar tu : halaman rumah kitee! Dapat rasa tak suasana kampung di situ?

Gambar langit semasa pukul 6.30 petang. Pokok rambutan. Pokok mati (yang ada ranting jer). Pokok nangka. Lagi tak tahu pokok apa dah. Ya Allah, syukur Alhamdulillah kau campakkan aku di sini sambil di kelilingi tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan sejuk mata memandang. 

*nak buat macam mana, muka aku berjerawat* T_T. Baru 100 meter kayuh basikal aku dah penat. Alahai stamina aku dah kureng. Sejak duduk kat rumah ni, aku dah jarang jogging & exercise. Tak pernah pun. Kalau kat kampus, petang-petang selalu jugak jog satu kampus. Rasa puas dapat melepaskan stress dengan pelajaran yang agak memeningkan. Okay, sambung balik cerita. Dah rasa penat & panas, aku sejukkan badan dengan menikmati aiskrim Cornetto. Tangan kanan pegang aiskrim, tangan kiri pegang cawan. Haa, tak nampak cawan?? Ade tuuu, dia invisible sikit. hikhikhik. 

Aktiviti berbasikal diteruskan dengan melawat empangan di hujung kampung. Sebenarnya harapan aku keluar main basikal adalah untuk TERserempak dengan kawan-kawan sekolah rendah. TER-lah sangat kann. Harom, sorang pun aku tak nampak. Eh, macam TER-nampak sorang classmate, tapi dia tak perasan agaknya. Malu nak tanya pulak, sebab dah rasa malu sikit. hehe. Dulu kat kelas main redah jer tak kisah la laki pompuan. Kat empangan ni biasanya tempat budak-budak bujang melepak. Tapi tadi lengang jer aku tengok. Dah berapa tahun aku tak datang sini, mungkin diorang dah ada kerja kot. Tak pun dah kahwin. Nampak sangat aku dah lama tak ke sini.

Biasanya kalau tengok kat cerita kat tv mesti ada scene diorang berlakon kat sungai kan. Kampung aku pun ada sungai tau. Cuma aku tak pernah mandi kat sini. Err, boleh ke mandi kat empangan eh? Tapi sungai ni dah cetek. Dan dah luas sikit. Dulu kecik jer aku rasa. 

Kiri : Wehh, tak nak lah amik gambar aku! Orang tengah penat ni. Tak larat laaaa. 
Kanan : Okay, dah tak penat, meh amik gambar aku.

Itulah cerita petang tadi. Seorang budak perempuan yang dah lama tak menjenguk kampungnya walaupun dia tinggal di kampung tu. Hmm, harapnya lepas ni dapat jumpa kawan-kawan kampung@kawan sekolah rendah. Dah lama gilerr aku tak jumpa diorang.

Last but not least, terima kasih kepada budak laki ni. Famous kot dia. Asal lalu depan rumah orang, mesti ada budak-budak yang tegur dia, peramah jugak budak-budak kampung aku ni.

'eh, Nabil? Buat apa kat sini?' (sebab dak Abil hanya akan lalu jalan ni bila waktu sekolah je)
'basikal baru eh Nabil?'
'oii Nabil, kau tinggal kat sini ke?' 'tak lah aku saja jalan-jalan sini'



Till then. 
love, TT.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...