Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Teena ohhh Teena - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

OMG! Lama giler aku tak bukak blog ni. Lama gila aku dah tak blogwalking. Sebab sekarang aku rasa macam dah malas teramat. Ya ampun, kalau alasan sibuk tu aku rasa boleh diterima kot. Tapi kalau dah malas tu macam kesian kat blog kite. Disebabkan tuan dia yang malas nak update, dia sorang-sorang jer. Cian dia. Aloloo.

Okay, sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa. Tapi sebab tak nak bagi nampak blog ni terabai aku rasa nak update jugak. Awkward pun ada sebab dah lama tak menulis ni. (takde la lama sangat, baru berapa hari jer since my last entry) Jadinya, kita berborak jela jomm. 

Tiba-tiba aku rasa macam seronok pulak nak menaip. Sebab guna laptop adik aku kot. Yang baru dibeli tak sampai seminggu pun. Dan sebab aku dapat taip guna keyboard. Almaklumlah, laptop aku keyboard dia dah rosak, nak taip pun aku guna keyboard on-screen jer, leceh nak klik satu-satu huruf. Cuba korang bayangkan macam mana aku update blog aku selama ni dengan menggunakan screen keyboard tu. 

Pastu laptop dia guna windows 8, touch screen pulak tu (maaflah aku memang ketinggalan zaman bab IT). Macam pelik jer lappy, ada keyboard, tapi touch screen. Kalau Ipad tu memang kena touch pun, sebab dah biasa. 

******

Baru perasan tajuk entri ni ada nama aku. lol. Sebenarnya kan aku jelous tengok kawan-kawan aku ada nama banyak-banyak. Aku ada satu jer, Norfatina. (haa, baru tahu ler tu nama kite) Contoh : Amelia Qaisara Nabila, Daniel Adam Iskandar. Ini random name jer aku guna. Fyi, dulu masa sekolah aku dengan member ada satu projek, tapi rahsia la, taknak bagitahu. And suddenly the name 'Daniel Adam Iskandar' was created. In fact, mamat ni sebenarnya tak wujud pun. Tahun lepas kot, aku ada program anak yatim dan nama adik angkat yang aku jaga tu Adam Iskandar. Serius, aku macam terkejut & terkenang pasal projek zaman sekolah dulu. Nasib baik dia budak-budak tau.

ini memang program dengan anak yatim, pergi zoo taiping. tapi adam iskandar takde dalam gambar. rasa macam dah hilang jer gambar dengan dia :(
Haa, berbalik pasal nama tu, dari sekolah rendah sampai ke menengah kawan-kawan aku asyik panggil panggilan yang sama jer - 1#Tina. Sampai kan cikgu sejarah aku cakap nama aku macam bibik-bibik. Tapi takpe sebab cikgu tu suka aku :) Pastu bila masuk kisas (f4-f5) budak dorm aku panggil aku 2#Tenet. Aku pun pelik entah ceruk mana diorang dapat nama ni. Pastu bila orang cakap :

Ishh, lembaplah tenet (internet) nih!!
Tenet slow laaa.

Aku pulak sensitif bila orang cakap tenet lembap, tenet slow. haha. Then, masa aku praktikal aritu member panggil aku 3#KakTon. Ini lawak. Sebab perangai aku macam kakton-kakton kot. Tapi aku rasa biasa jer. Kalau kat rumah pulak, aku suka pakai topi yang aku pakai pergi pangkor & langkawi aritu. Kalau nak kemas rumah ke, nak lap tingkap, nak jemur baju ke aku selalu guna topi ni. Dah akak ngan adik aku panggil aku 4#Budak Vietnam pulakk. Sampai everytime aku pakai diorang ejek-ejek.

Alahaii, budak vietnam ni, dia dah start daaa. (sambil gelakkan aku)
Teena, amikkan topi vietnam tu. (topi pun dah ada nama) 
ini haa topi vietnam yang aku suka pakai
....sekarang aku ada nama baru 5#Teena Comal. Ok yang ni sebab aku yang gelarkan diri aku sendiri. Adik aku dia memang gelar diri dia 'Izzati Bijaksana'. Kadang-kadang Izzati Bijaksanasinisitu. Itu dia yang gelar sendiri laa. Aku pun nak jugak. So the name is 'Teena Comel'. But, aku tertypo masa whatsapp dengan dia, aku tertulis 'Teena Comal'. Apalagi habis kena bahan satu rumah. But nice jugak nama comal, so dah terbiasa.

******

Hmm, lagi nak borak pasal apa lagi eh? *kepala pandang syiling, mata tertutup, dahi berkerut* Haaa, kain ela yang aku beli kat jakel aritu, takde orang nak jahit sebab tukang jahit tu sakit kaki. Gigih mak amik aku masa lunch call kat hospital dulu. Pastu rasa macam dah lambat, takut nak masuk kerja, nanti kena marah. So aku call Abu (partner time praktikal) suruh dia punch kan card aku masa balik nanti. Sebab dia selalu call aku jugak suruh punch card dia. Adik-adik sila jangan tiru perangai akak kau ni ehh.

Mungkin sebab aku tak masuk kerja petang tu Allah balas baju raya tu takde orang nak jahit. Dah la kain ela tu sekaligus untuk mak, aku & adik punya. Konon nak boria lah, last-last terbiar macam tu jer. Tak beraya la nampaknyaa. 

*******

Cakap pasal praktikal kat hospital, dah dua bulan praktikal tu berakhir. Selepas hampir 10 bulan aku menelaah kat farmasi hospital tu, finally habis jugak *menangis*. Dan juga bermaksud tamat sudah pengajian Diploma Farmasi aku selama 3 tahun. Alhamdulillah. Dulu mula-mula masuk muka innocent, rehat 5 minit jer. Dah akhir-akhir praktikal malas dia kemain lagi. Siap ada 'Geng Kedai Lembap' lagi tu. 

Sebab kedai makan yang kitorang lepak kat belakang hospital, lembap giler servis dia. Waiting hour dia 30 minit kot. Daripada takut, asyik tengok jam, nak masuk kerja takut kena marah. Dah tak rasa apa-apa. Rasa lagi seronok sebab lambat, dapat rehat lama-lama, dapat makan, dapat bergosip. Lagi sekali, tolong jangan ikut perangai akak ni ye adik-adik sekalian. Sebab tu aku ada buat tips seronok bekerja. Sebab aku rasa teruk nau perangai dah ni. T_T

********

Sampai sini sahajalah sesi borak-borak bersama KakTon@Teena Comal pada hari ni. Macam seronok la dapat tulis benda yang entah apa-apa. takde point pun sebenarnya. Tapi seronok bagi aku sorang jela, korang yang baca mesti boring giler kan? Sorry buang masa korang jer baca benda alah yang aku tulis ni, dah tutup, pergi sambung buat kerja yang terbengkalai tadi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...