Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Throwback: Holiday to Langkawi with Classmates - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya dah lama aku nak citer pasal trip ke Langkawi, tapi asyik lupe jer. Ini trip kitorang sekelas pada awal tahun lepas. Kira cerita ni dah basi, cuma aku nak abadikan kenangan tu dalam blog. Nasib baik aku simpan gambar-gambar ni, bolehlah buat kenangan nanti. Ni trip sekelas sebelum kitorang praktikal. Yelah dah semester akhir kan, haruslah berholiday sesame. Barulah geng!


My favourite photo. We (the whole class) decided to go for a holiday before the end of semester and our destination is Langkawi Island !

So, perjalanan kami bermula di dalam feri di Jeti Kuala Perlis. Excited jer muka diorang nak berholiday. Seriously, bangga gila dengan korang semua. Berdasarkan pengalaman beraktiviti bersama lain-lain persatuan, jarang antara mereka yang menepati masa. Tapi korang, telah buktikan yang student pharmacy sangat punctual! 

Kalau korang nak tahu, beg aku yang paling besar. Dah ready awal-awal  nanti nak  isi barang shopping. Plus, mak aku pesan periuk grill ikan, tu yang besau tu. Kalau pergi sini, tapi tak beli apa-apa rugi wooo. Ada sorang classmate aku siap tumpang beg aku lagi, tapi dengan syarat kau angkat beg aku. Haha, thanks Azam! 

Selepas urus tiket jeti, jumpa pak cik bas, settle duit segala bagai, kami pergi ke kilang minyak gamat. Sebenarnya ini adalah program persatuan farmasi, yang  sebenarnya 'alasan' nak tengok pembuatan minyak gamat 'digunakan' bagi mendapat sedikit peruntukan dari pihak universiti. So kami ke sini ambil gambar sikit sebagai laporan, shopping sikit, then terus blah. 

Kat Cable Car kita boleh jalan lama sikit. Ye, aku sorang jer yang 'ada' dalam gambar ni, sebab banyak kamera nak ambil gambar kami.


Bergambar kejap. Yang baju merah tu memang giler kamera tau.


Aku tak ingat siapa, tapi ada sorang member aku ni sandal dia ter-rosak. Kat atas ni jugak dia nak rosak kan, nasib baik ada member-member lain yang supportive tolong betulkan  jap. Pastu  turun bawah, terus beli baru.

Inilah bilik aku ! Sebelah tu bilik budak laki. 

Petang tu kitowang jalan-jalan jap. With Iwa Cik Nina. Rindulah kat kau Iwa.


Pada sebelah malam pula kitorang ada makan-makan BBQ. Sementara nak menunggu kami sekelas main 'truth or dare', then ada sesi tukar-tukar hadiah. Rasa holiday kat sini merapatkan ukhwah kami sekelas. Rasa rapat sangat.

Pada malam tu jugak geng budak laki mainkan lagu. Diorang bawak gitar, tapi aku tak reti main. Tengok lah tu even pegang gitar pun tak betul.

Keesokan harinya adalah aktiviti  di laut. Kami round-round area pulau. 

Naik paddle boat di Tasik Dayang Bunting. Time ni lawak sebab hampir 8 bot yang kitorang naik buat 1 barisan kat tengah-tengah tasik tu macam gambar kat atas ni. Ada jugak antara kami yang terkandas setelah memasuki kawasan mandi kanak-kanak. Kecoh kot masa tu. Macam kanak-kanak ribena pun ada.

Topi itu penting ye. Geng baju coklat except yang kuning tu. Ala Cik Sal ni spoil laaa, pakai la baju coklat jugak. 



Ahh, mata silau without my spec! gaya macam kena ikat tangan kat dinding.

Sebelum naik banana boat. Lagi sekali topi memainkan peranan penting ye. 

Jap, aku yang mana satu eh? Ahh, tak ingat dah tapi best gilerr especially time dia terbalikkan kitowang ke laut. Lepastu ada member naik Parasailing. Tapi aku tak naik pun. 


Pagi itu kami ada sukaneka di tepi pantai. Mat salih yang makan dari sini macam tengah tengok tv pulak bila kami main betul-betul depan tempat diorang makan.

Rasanya ni tengah lukis gelanggang bola tampar. Dengan baju tidurnya. Dengan tak mandi lagi time ni. Seluar tu aku beli kat pasar malam tepi pantai sebab semua seluar basah masa mandi laut. Tapi dah buang sebab dia dah koyak masa aku pergi Pangkor aritu.


Sesi memanaskan badan. Bersedia untuk bersukan. Aku lead untuk sesi senamrobik. Macam lawak jer.


Lepas check out, masa untuk shopping! Penat giler time ni sampat tak larat nak jalan dah.

Overall, best giler-giler  holiday ini. Semua aktiviti yang dirancang berjalan mengikut racangan. Terima kasih Qiqi selaku pengarah projek. Walaupun penat beberapa minggu sebelum nak ke Langkawi, dengan test yang berlambak sebelum itu. Tapi bila dah sampai sini, segala kepenatan rasa hilang. Thanks to all ! Percutian yang sangat seronok! Ahh rindunyerr !

Kelas A, Farmasi Part 4, kecoh gila terutamanya dalam dewan kuliah & kelas. Itu yang membuatkan kelas kita lebih meriah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...