Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Aktiviti Adik-Beradik : Melawat Zoo Melaka di Hujung Minggu - Blog KakSyla

Assalamualaikum

Aku hanya pernah menjejakkan kaki di 2 buah zoo: Zoo Melaka & Zoo Taiping. Well, as i'm from Malacca, so dah selalu pergi melawat monyet, buaya, harimau, gajah kat zoo melaka. Sampai aku dah hafal lepas ni jumpa binatang apa, nak beli air kat mana, nak main kat playground sebelum keluar zoo nanti laa. Bawak anak-anak kecil ke zoo sangatlah sesuai sebab boleh educate diorang & boleh kenal-kenal dengan haiwan.

Beberapa bulan lepas kakak aku whatsapp, tanya nak ajak kitorang (the siblings) pergi zoo. Aku macam nak tergelak pun ada sebab dia ajak pergi zoo. Entah, rasa macam skema jer pergi zoo, macam budak sekolah. Sebenarnya dah bosan dan penat nak jalan kaki round satu zoo tu. Tapi, seronok jugak, terasa diri ini masih budak-budak. hehe. Lagipun dah lama kitorang tak spend masa bersama since akak dah tak duduk dengan kitorang. Orang dah kahwin kan...

Haiwan pertama yang anda akan jumpa bila masuk ke zoo melaka. Burung kakak tua. Hai burung, dah tua rupanya kau ni, tapi tetap comeeelll.

Ini badak sumbu (i guess). Besau giler. Kerja dia makan tido makan tido. Macam aku lah, cuma aku ni tak besau-besau. hee

Hai Encik Zirafah, tingginya awak. Adik aku cakap lidah zirafah sangat panjang, boleh sampai ke telinga dia. Adik aku memang suka bagi fakta-fakta yang kitorang tak tau.

Ini dia si budak dengan 1001 fakta dalam kepala dia. Yang baju hijau tu tau, bukan yang hitam. Hitam tu banyak tanduk je kat kepala.

So, here it is. The four of us. Dulu kan, dak Abil suka giler pergi zoo. Sampai ayah aku dah malas nak dengar dia asyik nangis jer, ayah pergi berdua dengan abil. Sebab orang lain sume tak nak ke zoo. Suka benau dia tengok kawan-kawan lama kat situ.

Adakah ini rusa? Panjangnya tanduk dia.

Haa ni aku tahu. Si beruang hitam. Yang tak reti duduk diam.

Nampak tak cik gimau? Terima kasih kerana membuat aksi berebut makanan sebentar tadi. Barulah adventurous sikit.

Yang baju kuning tu abang Zack


Thanks kak, bawak kitorang jejalan. Uh, baru perasan kita semua pakai tudung AJ laa. 

Eleh, mula-mula action tak nak pergi zoo. Last-last dia yang paling excited. Keldai tu cantik angat, rambut lurus pulak tu.

Lepastu kitorang sejukkan perut minum coconut shake kat Klebang. Siap ada pintu gerbang tuu, makin maju nampak.

Lastly, tengok keindahan laut di Pantai Puteri. Sementara the couple beli ikan, budak laki ni termenung jauh ke mana la tu. Oh ye, semalam 17/6 birthday dia. Happy birthday Abil. Be a good boy yea. Bila kitorang sampai ke rumah, mak ngan ayah takde. Pergi dating katanya sambil pekena cendol Banda Hilir. haha.

*******


Nota 1- Sejak akhir-akhir ni aku asyik terjumpa blog para doktor. Seronok baca pengalaman mereka terutama semasa menjadi HO. Bagi aku sesiapa yang ambil jurusan medik, aku sangat respek dengan diorang sebab bukan semua mampu galas tanggungjawab merawat pesakit. And I can say that it is a long learning journey that I dont think i can bring on with me.

Nota 2- Keputusan kemasukan ke degree keluar bulan Ogos. Ingatkan bulan Jun(sekarang) dah boleh tahu -_- Penantian itu satu penyeksaan. My first choice is pharmacy. The others are just to fill the 'blanks'. And I put medic as my last choice. Again, just to fill the blank. Hopefully i got the first one. Ameeeennnn.

Nota 3- Tapi macam mana kalau aku dapat pilihan yang terakhir tu? Huaa. Harap-harap jodoh aku dengan pharmacy masih panjang. Nanti bila tiba masanya aku nak cerita perjalanan & pengalaman aku pasal benda ni.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Penang Part I : Street Art, Georgetown - Blog KakSyla

Assalamualaikum  Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks. Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia... Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat...

KakSyla Diary Perasaan yang Mula Timbul - Blog KakSyla

Assalamualaikum Photo by google Tajuk seperti orang baru jatuh cinta, hati berbunga-bunga bagai sakura yang beterbangan mengikut sang angin. Eh, tiba-tiba nak bermadah pulak. Sebenarnya ini cerita dia : Aku tak tahu nak tulis macam mana, tapi ada satu perasaan baru mula wujud (eh, ini bukan ayat jiwang ye). Rasa nak jadi seorang yang rajin sebabnya aku memang malas. Sebenarnya tak sanggup nak tulis perkataan pemalas.  Beberapa hari sebelum raya baru-baru ini, kami adik-beradik kemas rumah dengan begitu bersemangat & bersungguh-sungguh, seorang lap habuk kat celah perabot, seorang sibuk vakum bilik, seorang susun barang-barang bagi nampak kemas, dan ada seorang yang sibuk nak bergambar di kala semua orang  tengah fokus nak bersihkan rumah (aku lah itu). Masa tu ayah dengan mak tiada di rumah, kerja kot. Bila mak balik kerja (waktu malam), mak terperanjat tengok kitorang tengah kemas rumah. "Betulkah apa yang aku tengok ni? Anak aku kemas rumah??" Nampak tak dia punya peras...

KakSyla Diary Cerita Raya Saya 2014 - Blog KakSyla

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan.  Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.  Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku ...