Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary The Liebster Award - Blog KakSyla

Asslamualaikum...


Terima kasih Cik Zahrenn sebab telah tag blog aku untuk liebster award ini. Sebenarnya sebelum ini ada juga blogger yang telah tag aku, tapi disebabkan kekangan masa, aku tak dapat nak jawab soalan-soalan korang. Sorry sangat. So, lets proceed to the questions.

1. Nama timangan (nama manja)

Aku takde nama timangan pun. Semua orang panggil aku Teena. Kalau nama ejek-ejek tu banyak lah. Cuma kat rumah mak ayah panggil aku Adek. Err, malu nak nak bagitau sebenarnya. Walaupun aku ada adik, tapi aku tetap 'adek' kat rumah. Yang peliknya adik-beradik lain panggil aku kakak, tak pun panggil Teena jer. Cuma mak dengan ayah jer yang panggil Adek. hehe, tu yang specialnya.

2. Warna kegemaran

Hijau pucuk pisang. Kalau orang bagi barang warna hijau, confirm aku akan suka.

3. Makan kegemaran

Nasi & plain water. Tak kisah lah kalau pergi makan kat luar, nak makan apa pun. Tapi bila balik rumah mesti nak cari nasi jugak. Lauk pulak tak kisah janji ada nasi. Senang je kan.

4. Suka tengok wayang apa

Suka cerita berkaitan Science Fiction.

5. Pernah ada crush? jika ada bagaimana anda menemui crush anda

Hmmmm, aku sendiri pun tak pasti aku ada crush ke tak.

6. Jika seseorang itu terlanggar anda, apakah yang anda akan lakukan.

Kalau orang tu langgar sampai aku terjatuh, aku kutip barang-barang, bangun, pastu terus sambung balik kerja yang tengah buat. Malas nak marah & gaduh. Paling kurang pun cakap 'woiii!' sambil jeling tajam. Haha, dapat bayangkan macam mana tak?

7. Pernahkah anda menyelamatkan haiwan daripada sebarang malapetaka, jika ada haiwan apakah itu?

Tak pernah.

8. Ceritakan tentang saat termanis yang anda paling ingati

Banyak. Antaranya masa kenduri kahwin akak aku. Ramai giler orang datang & sangat meriah suasana dia. Walaupun penat tapi seronok tengok tetamu datang. Dah ramai macam tu pun, masih ada yang cakap ayah aku tak jemput diorang bila bertembung kat mana-mana tempat. Pastu ayah cakap, masa aku kahwin nanti dia nak jemput lagi ramai tetamu. Yolah ayah.

9. Pernah stress? stress kerana apa?

Giler la kalau cakap tak pernah stress. Paling selalu sebab exam kot. Biasalah zaman student kan.

10. Komen sikit pasal blog kite

Simple, kemas & teratur. Suka suka suka. Tapi warna tulisan untuk entri agak kabur. hehe, mungkin sebab aku yang rabun kot.



Terima kasih sudi tag Teena, Cik Zahrenn. And tak tahu nak tag siapa sebab tak tahu nak tanya soalan apa. Heee.


:'(
TT


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary #SayaSayangMalaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar.  Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang  "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!!  Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut. #SayaSayangMalaysia =) Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uo...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...