Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Adaptation Mode - Blog KakSyla

Assalamualaikum...

Ya Allah, rindunya dekat blog ni! Dah lama rasanya tak membebel, berborak, bercerita macam 'Kak Ton' kat sini. On my previous entry, i've said that i'll further my studies kan? Alhamdulillah aku ditawarkan untuk sambung belajar dalam program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di UITM Puncak Alam

Kalau korang masih ingat, dulu kan aku ada share cerita-cerita pasal praktikal kat farmasi hospital, masa tu aku masih diploma lagi. Dan masa tu takut sangat kalau tak dapat nak sambung degree farmasi ni, hanya mampu berdoa & bertawakal jer. So bila hari result kemasukan degree keluar, aku ada kat Pulau Perhentian nak bercuti kononnya, padahal dalam hati takuuttt sangat. Kawan-kawan tanya,

"Teena, kau dah check result tak?"
"Teena, kau dapat tak? Si x,y,z dapat !!!"

Masa tu serius tak tenteram aku nak main kat laut. Pastu kawan aku checkkan result aku (tq Mira!!) dan aku berjaya. Syukur Alhamdulillah....menitis air mata. Tapi disebabkan aku pakai spec hitam, kawan-kawan aku tak nampak aku tengah nangis.

"Eh Teena, peluh kau menitiklah, habis sunblock kau pakai tadi dah cair."

"Itu air mata aku laaa  -_'-  "

"Oh okay, sorry, take your time. Btw, kau nangis pun muka kau comellah."

Haha, harapnya ayat yang last tu tak obvious sangat kot aku nak menipu. LOLOL. Sekarang dah 3 minggu aku bergelar pelajar semula setelah hampir setahun setengah tak perah otak untuk belajar. Masih dalam adaptation mode, sedang cuba untuk sesuaikan diri dengan environment baru, tempat baru, dan masih tercari-cari cara yang sesuai untuk belajar. Kalau dulu masa diploma subjek kira boleh tahan senanglah jugak, tapi bila dah degree ni banyak benda nak kena baca, pastu ada subjek yang aku sendiri tak tahu apa yang aku tak tahu. Terasa sangat loser. Tapi ok laa, ada jugak subjek yang dulu dah pernah belajar, dah pernah buat praktikal, so di sini ada pro & cons. 

Pasal tempat belajar? Bangunan-bangunan kat sini sangat lawa. Rasa macam aku berada di sebuah bandar yang sangat maju & moden. Cuma aku fobia dengan tangga-tangga kat sini - tangga kejayaan@tangga batu caves. Pastu nak naik library ada tangga lagi, dah sampai library pun ada tangga lagi! Selamat bilik aku tu kena naik lif, sampai bilik dah 'pancit'. Disebabkan kolej aku terletak di puncak, bila tidur malam-malam sangat best, sejuk, nyenyak, nyaman. Alih-alih bangun jer dah terang. Haha, sekarang awal sem boleh laa cakap dapat tidur nyenyak, esok-esok dah start busy tak tahulah sempat nak tidur ke tak. 

Jom tengok gambar(s) yang sempat aku snap.


Some of the buildings. Actually there are more buildings!

Tangga kejayaan. Yang aku fobia sangat tu. Fuhhh...

Kad rapidKL. Kalau malas nak naik tangga, bas rapid ada disediakan.

Setiap petang bumi palam akan bermandikan hujan

Pemandangan dari tingkap bilik. Kolej Angsana 1, tingkat 6.

Sunset. At 7.45 pm i guess.

My leisure spot after the class!!!!

Walaupun 'seronok' naik turun tangga, masih mampu untuk ber-jogging pada waktu petang. Credit to Dijah & Azwa. Tak lupa juga Cik Sal  =)

Because i love GREENS.

And of course i LOVE them too !!




P/S - Setiap hari aku berdoa supaya kami (aku & kawan-kawan sebatch) dapat sambung belajar dalam bidang farmasi. Alhamdulillah hampir 50% dapat bidang ini juga. Kalau kita nak berjaya, biarlah kita berjaya secara berjemaah juga, barulah best. 

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Wish me luck  =)



Love,
Teena Tna.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary #SayaSayangMalaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar.  Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang  "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!!  Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut. #SayaSayangMalaysia =) Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uo...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...