Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Teena Tna di Akhbar Utusan Malaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum

Itu hari aku rasa bosan giler, tak tahu nak buat apa. Dah la malam tu aku tidur sorang-sorang, roomate aku balik rumah waktu tu. Around 12 am, aku rasa nak tidur lah. Tapi sebelum tu aku bukak Utusan online sekejap, saja nak tengok artikel yang aku pernah hantar dah publish atau tak. 

Sekali bukak, it was published!! OMG!!! Is it me??? Yeah, its me lahh!!

Klik  >>SINI<<

Tapi itu surat khabar semalam (hari tu). Mana aku nak carik surat khabar tengah-tengah malam ni?? 

'Takpe, esok pagi-pagi kena cari kat library, mesti ada!' Monolog aku sendirian di malam hari itu.

1 pagi...

2 pagi...

3 pagi...

'Haish, awat tak boleh lelap ni?'

'Hee, tak sabar nak tengok muka aku keluar surat khabar'

Keesokan harinya....

Pagi tu kelas aku pukul 8.30 pagi. Next lecture pukul 10.30, so sementara nak tunggu, aku menggigihkan kaki menuju ke Perpustakaan Tunku Abdul Razak (PTAR). Sampai di sana:

'Encik, boleh tak saya nak tengok surat khabar Utusan 13 hb?'

'Maaflah dik, staff yang in charge bahagian surat khabar, dia shift petang hari ni, kalau nak, adik datang petang nanti ye'

'Hmm, takpelah'

Aku pulang dengan perasaan hampa. Berjalan kaki semula menuju ke lecture hall.

Pastu bila aku sampai dewan kuliah ada orang panggil & tetiba suruh aku jadi penolong dia. Penat berjalan kaki tak hilang lagi, dengan frust tak jumpa paper tu. Tiba-tiba kena cakap kat depan satu batch. Haha, i was soo blurred at that time. Control cool jela. Haha.

Sebenarnya artikel ini diterbitkan dengan adanya blog aku. Aku ada tanya macam mana kalau nak blog aku dipaparkan di akhbar, orang tu minta url blog. Kebetulan waktu tu entri aku berkenaan Pulau Perhentian, so dia minta aku tulis artikel berkenaan pulau itu. First time tulisan aku keluar surat khabar, excited lah jugak. Padahal dulu masa sekolah, subjek BM paling susah nak dapat A. Cikgu suruh buat karangan 4 muka surat, tapi baru satu muka surat tangan dah lenguh. Haih... 

Nak minta tolong sikit, sesiapa yang ada simpan surat khabar Utusan bertarikh 13/9/2014, hari Sabtu, boleh tolong snap kan page tersebut & emel kat aku norfatina@gmail.com boleh takkk?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan.  Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang.  Ini adalah ringkasan daripada cerita k...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...