Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan. 

Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang. 

Ini adalah ringkasan daripada cerita kawan saya yang baru sahaja melawat mereka. Pada masa itu saya belum masuk kerja, patutlah saya perasan muka mereka serius membincangkan sesuatu. Dia yang melawat terpaksa tahan nangis sebab tak nak bagi si kakak merasa lebih sedih. 

Sebelum ini, si ibu biasanya akan duduk di bahagian belakang kereta, manakala anak-anaknya akan duduk di sebelah ayahnya. Tapi kali ini tak tahu kenapa si ibu tiba-tiba nak duduk sebelah pemandu. Mungkin naluri seorang ibu tahu sesuatu yg akan terjadi & tak ingin apa-apa berlaku kepada anaknya. Mungkin. 

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada keluarga rakanku dalam menghadapi dugaanMu.

Ya Allah, bagaimana kalau perkara ini terjadi ke atas keluargaku? Mampukah aku menghadapi ujianMu ini? Tidak dapat bayangkan keadaan di rumahku tanpa gurauan kami sekeluarga, tiada usikan daripada adik-adikku, ejek-mengejek antara kami. Walaupun rasa annoying sangat, tapi aku dah terbiasa dengan suasana ini. Aku dah terbiasa berada dalam suasana yang penuh dengan keceriaan, tapi kita tak tahu apa yang akan jadi. Within one second, semuanya boleh hilang, semuanya boleh hancur, semuanya boleh pergi dalam sekelip mata. 

Kepada mak, ayah, akak, ati, abil, A sayang sangat korang. A minta maaf kalau A selalu buat mak sakit hati, buat ayah susah. Mungkin A nakal sedikit, tapi jauh di sudut hati A sayang sangat3 mak & ayah. Akak, Abil, Ati, aku tak dapat bayangkan kalau tak bergaduh dengan korang di rumah. Suka nak buli dak Abil. Kalau ada orang kentut, mesti secara automatiknya semua akan ketawa. Suka amik gambar time orang tengah tidur dengan 'aksinya'.

Ya Allah, aku tahu semua ini adalah ketentuanMu, tapi aku berharap aku dapat membalas jasa mak & ayahku sebelum mereka melelapkan mata buat kali terakhir. Izinkan aku untuk memberi nafkah kepada mereka hasil titik peluhku sendiri. Izinkan aku untuk melihat senyuman mereka sepanjang kehidupan mereka. 

Kalau ada antara ahli keluargaku yang terbaca tulisanku ini, A minta maaf tau. Tapi kalau korang dah  baca, jangan tunjukkan yang korang dah baca depan aku nanti, kita buat biasa-biasa jer. Dan lebih penting, kita perbaiki diri kita sama-sama dalam mengekalkan kasih sayang antara kita sekelurga. Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga nanti. 

Jom kita tengok muka-muka manis kita.

Cameron Highland






Penang








I-city Shah Alam






















Zoo Melaka












Dah lama tak bukak album gambar. Ni jer yang terjumpa, gambar-gambar lain dah tak tahu terselit ceruk mana. Nanti bila berada di perantauan, tengok picture ni mesti rindu sangattt.

My family, my everything.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...