Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt

Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah.

I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan,

Akak kedai : nak minum apa dik?
Me : nak milo ais satu.
Akak kedai : nak milo beng??
Me : Haa, yupp. 

(Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap)

Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak berucap panjang-panjang pun. Akad, pastu sign borang sikit, dah nikah. Tak sempat nak nervous, alih-alih dah sah. Patutlah pengantin lelaki pun nampak cool jer. Kalau kat tempat aku dia punya ucapan sebelum nak nikah tu dah berapa lama, kadang-kadang ada kuiz sikit, pendek kata pengantin lelaki memang tak senang nak duduklah. Majlis kat sana pun lebih simple. 


Lepas majlis nikah, kitorang apa lagi, bershopping kat Rantau Panjang. Sangat murah, sangat best, sangat rambang mata, sangat ramai orang, sangat sesak, sangat panas. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah sekarang ni, memang ramai sangat orang. Tak cukup lagi, malam tu kitorang ke Wakaf Che Yeh. Sampai tersesat nak jumpa jalan keluar. Banyak pening wooo. 


Lagi best bila kitorang singgah kat rumah sedara lain kat Kota Bharu. Borak-borak, makan-makan. Pastu kitorang lepak kat rumah dia. Terasa sangat suasana kampung tu. Ditambah pula layanan dari tuan rumah yang sangat 'welcoming'. Sempatlah aku memancing kat parit depan rumah diorang. Walaupun tak dapat ikan, pengalaman tu penting. Adik Daus & Wan sangatlah peramah, baik, rajin.
Banyak benda kitorang borak. Ayah dia cakap Wan tu pandai, selalu dapat A dalam ujian. Dah borak lama-lama baru aku terperasan,

Me : eh, kenapa wan tak cakap loghat kelantan pun?

ayah dia dengar,

'saya saja suruh dia guna bahasa baku, biar dia biasa sikit'

Wan : aah, saya lahir kat Johor. sana takde loghat.
Me : bila pindah sini?
Wan : tahun lepas. Dulu saya duk seremban, tapi mak saya memang asal sini.
Me : ooo...

baju biru: wan, baju coklat:daus
Dia cakap dia sokong JDT. walaupun JDT tak masuk final malam sabtu tu, dia tetap sokong JDT. Sambil buat gaya dengan penuh bersemangat. Masih ingat ingat kisah aku pasal 'apa khabar orang kampung'? bagi aku kat sini lebih terasa suasana kampung dia. Aku memang suka tengok kawasan kampung, rasa macam tenang & mendamaikan.

Daus, kak lia, wan, aku. sampai senget-senget tudung aku nak memancing punya pasal. 
So, malam tu balik homestay memang penat habis. Dari pagi, berebut bilik air nak mandi, tunggu semua bersiap, pergi masjid, bershopping, tapi sangat berbaloi. Oh ye, ramai jugak sedara aku dari melaka & KL datang sini. Ada lah dalam 7-8 kereta. 

Di hadapan homestay, sebelum nak bergerak ke masjid.
Keesokannya kitorang bergerak pulang. Pastu bonet kereta tak muat pulak tu sebab banyak sangat barang shopping, kekeke. Nak tak nak kena sumbatkan jugaklah. Oh, sebelum tu kitorang singgah di Pasar Payang, Terengganu nak beli keropok lekor, asam-asam, baju batik. Erm, bertambah mampat kereta tu. Perjalanan pulang ke kampung halaman diteruskan, pukul 12 malam baru sampai rumah. Too tired but i can say that it was a great experience. Dapat tahu budaya kat sana macam mana, lain tempat lain cara dia kan. Takdelah berjalan sekadar nak seronok-seronok jer, ye dokk.

Last but not least, teaser gambar raya sikett. hehehe




...Dah, jom kita kelik (balik)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan.  Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang.  Ini adalah ringkasan daripada cerita k...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...