Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya nak kongsi sedikit 'cara' dengan anda. Cara yang mungkin nampak kecil di pandangan mata kita, tapi mana tahu di akhirat nanti, amalan kecil kita inilah yang akan memberatkan timbangan di neraca Padang Mahsyar nanti. Insya Allah... Sedekahkan alfatihah untuk kedua ibu bapa kita setiap pagi selepas solat subuh. Basahkan lidah dengan berzikir. Jika buat kerja yang kita rasakan bosan, cuba berzikir dalam hati sambil buat pekerjaan itu. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Daripada kebosanan, hati kita terus 'terisi' dengan zikir. Jika ada program amal, cuba untuk sertai program itu. Contohnya, ada jualan amal, kita boleh beli barang-barang mereka. Lagi satu, jika kita tak dapat nak curahkan tenaga kita untuk menolong yang kurang berkemampuan, kita boleh sedekah wang, pakaian, buku-buku dan banyak lagi untuk mereka. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tolong orang tua melintas jalan, angkat barang mereka, pimpin mereka untuk na...
This is Kak Syla diary - My Life my Journey