Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini saya nak kongsi sedikit 'cara' dengan anda. Cara yang mungkin nampak kecil di pandangan mata kita, tapi mana tahu di akhirat nanti, amalan kecil kita inilah yang akan memberatkan timbangan di neraca Padang Mahsyar nanti. Insya Allah...
- Sedekahkan alfatihah untuk kedua ibu bapa kita setiap pagi selepas solat subuh.
- Basahkan lidah dengan berzikir. Jika buat kerja yang kita rasakan bosan, cuba berzikir dalam hati sambil buat pekerjaan itu. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Daripada kebosanan, hati kita terus 'terisi' dengan zikir.
- Jika ada program amal, cuba untuk sertai program itu. Contohnya, ada jualan amal, kita boleh beli barang-barang mereka. Lagi satu, jika kita tak dapat nak curahkan tenaga kita untuk menolong yang kurang berkemampuan, kita boleh sedekah wang, pakaian, buku-buku dan banyak lagi untuk mereka. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
- Tolong orang tua melintas jalan, angkat barang mereka, pimpin mereka untuk naik bas. Bukan orang tua jer, malah mereka yang kurang upaya juga memerlukan bantuan kita.
- Wakafkan telekung di masjid-masjid. Selagi mana ada orang menggunakan telekung itu, selagi itu anda memperoleh ganjarannya. Selain telekung, anda boleh wakafkan Al Quran, sejadah, buku-buku ilmu.
- Ketika berhenti sebentar untuk solat di masjid dan ternampak tabung masjid, jom kita ringankan tangan untuk 'penuhkan' tabung itu.
- Nampak sampah di tepi jalan, rajinkan diri untuk mengutip sampah itu dan buang ke dalam tong sampah.
- Permudahkan urusan orang lain. Contoh, kita tahu setiap hari orang itu akan buat perkara yang sama, apa kata kita tolong sediakan apa-apa keperluan sebelum orang itu memulakan kerja mereka.
- Senyum kepada mereka yang kita jumpa/lalu-lalang di hadapan kita. Senyum itu sedekah.
- Dan cara yang paling mudah, sebarkan mesej ini kepada orang lain =)
Tak kan 10 cara sahaja? Selebihnya saya pasti anda lebih tahu kebaikan-kebaikan yang boleh kita buat =)
Tadi kat tempat kerja saya ada buat bacaan yassin & sedikit tazkirah yang bertajuk 'HIJRAH'. Yang paling buat saya terkesan bila ustazah tu menceritakan mengenai 'hijrah yang tidak diundang'. Hijrah dari sakaratul maut ke alam barzakh. Jika setiap malam kita tidur dalam kegelapan yang gelap, bagaimana pula apabila kita berada di dalam kubur? Bukan sahaja gelap, tapi banyak ular, keseorangan, sempit. Tapi jika amalan kita di dunia ini sentiasa mengikut perintah & syariaatNya, kita akan merasa lapang, luas, bercahaya kubur kita itu.
Sudah lama tak berada di majlis ilmu, terasa hati macam dah kosong. Alhamdulillah hari ini hati ini sudah sedikit terisi :) Alhamdulillah
*mesej ditujukan buat diri ini juga.

-Teena Tna-
Ulasan
Catat Ulasan