Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Praktikal di Hospital - Blog KakSyla

Assalamualaikum...



Akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nantikan setelah sebulan setengah bercuti. Esok (3/6/2013) bemulalah sesi praktikal 'hospital farmasi' di Hospital Besar Melaka. Dari dulu memang aku tak sabar nak jalani praktikal sebab boleh duduk di rumah yeah!! No more express bus, no more test, no more exam. Tapi satu apa pun nota/buku  aku tak baca lagi, esok kalau ada orang tanya 'dik ni ubat apa ni?' aku nak buat muka comel jela sambil tersenyum, err gila lah kau baca sikit jer pun malas Tina. Actually I've put all my books at the store, so after this have to take them out and read. 


Antara buku yang wajib dibaca

Di hospital ni kami semua ada 6 orang. Memandangkan aku dipilih sebagai leader hanya kerana namaku ada di senarai atas sekali bagi group di hospital ni, semua surat menyurat ada dengan aku (kalau aku tak bawak surat tu esok, habislah korang tak dapat nak daftar haha). Dan setiap bulan kitorang perlu pos laporan di dipartment yg telah ditempatkan, dan mesti aku yg kena pos surat tu sume. Dan tadi, lecturer baru nak upload file yg perlu diprint lagi, last minute kot bagitahu, kalau kawan2 aku yang tak tahu tu memang nahas lah, so aku decide print extra copy untuk diorang, susah tau nak cari leader yg berdedikasi macam aku, hehe.

Kemungkinan besar aku akan rasa agak janggal nak pergi hospital dari rumah. Yelah, 7 tahun aku duk asrama dari form 1 sampai form 5, pastu kt universiti duk hostel, kalau aku lambat, risiko nye aku tanggung sorang2 & takde sape nak marah, tapi kalau kat rumah, faham2 jela. Now I have to learn to be responsible & discipline. Feel excited + nervous. 




Pharmacist-to-be  (insya Allah)
wish me luck !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan.  Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang.  Ini adalah ringkasan daripada cerita k...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...