Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary 10 Fakta di Zaman Sekolah Rendah - Blog KakSyla

Assalamualaikum
Salam 24 Syaaban

Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat tak? Nampaknya kita sorang je kat sini tak sihat.
Tiba-tiba idea nak tulis pasal cerita zaman budak-budak (zaman tok tonggek) datang menerjah. Nie semua cerita betul tau!! bukan rekaan semata-mata. Okay, let's start the facts now!

1. Merupakan seorang pengawas sejak darjah 3 hingga darjah 6. Boring kot asyik pakai baju warna biru jer.

2. Pada satu hari tu (time darjah 3) selepas PJK kami suma salinlah baju pakai uniform sekolah semula, ok dah siap salin, time tu kitorang pengawas perempuan kena pakai baju kemeja & skirt. Lepas kelas PJK tu subjek BM kot tak ingat sangat. Dan aku telah dipanggil oleh cikgu untuk jawab jawapan tulis kat papan hitam. Tapi bila aku ke depan suma TERGELAK, "eee ada ekor lah" Aik kenapa korang ni? Rupa-rupanya skirt yg aku pakai tu lupa nak zip kt belakang, baju kemeja aku pulak terkeluar dr celah zip..errrr, MALU gila!!! Rasa macam nak tukar kelas time tu jugak, tp lepas tu aku wat dekkk jelaa.

3. Pernah join pertandingan BORIA. Ala yang macam kat penang tu, joget anak boria gitu, ada dalam 3 tahun kot aku jadi penari boria. Memang best, tapi itu kali terakhir aku menari, dah besar2 ni nak masuk menari memang tak lahh. But it was a great experience!

4. Suka dirotan terutamanya time kelas bahasa arab. ustaz akan tanya semua orang apa maksud perkataan dalam bahasa arab, kalau tak dapat jawab kena rotan kt tangan. Aku sengaja jer buat-buat tak tahu apa maksud perkataan tuh sebab nak kena rotan. Macam best pulak kena rotan ni. Haha. Apakah yang terjadi padaku waktu tu, gila jer?

5. Pernah membuatkan seorang mamat ni jadi marah sangat. Ala, time tu aku main kejar-kejar dalam kelas, terlanggar la budak nie, tapi dia punya marah kemain. Tarik tudung aku ke belakang sampai nk tercekik & tercabut tudung aku tu, habis rambut aku ternampak. Lepas tu aku menangis. Haha, zaman budak-budak.

6. Ada seorang best friend yg sangat rapat. Tapi masa darjah 5 kitorang gaduh, dah tak jadi BFF dah. Masa tu gaduh mulut kot kat dalam kelas, ada 2 geng, satu sokong dia satu lagi sokong aku. Budak perempuan jela yang bising, yang kelakarnya budak laki pulak macam jadi penonton jer. Tak tau nak sokong yang mana. Tapi sedih jugak lah sebab lepas tu kitorang dah tak rapat dah.

7. Pernah jatuh basikal semasa nak pergi ke sekolah. Aku dengan akak pergi sama2 naik basikal, then aku ajak dia lepaskan tangan, tapi kaki terus berkayuh, konon expert la bawak basikal nie. Tapi lepastu jatuh dalam LONGKANG! Nasib baik longkang tu ada rumput jer..tu aku jatuh sebelah kiri jalan, sebelah kanan ada gaung, baik tak terjatuh sebelah kanan, kalau tak tak tahulah apa yang terjadi..alhamdulillah. Tapi balik jer rumah, habis satu badan ada lebam2 kesan jatuh basikal.

8. Pernah PONTENG kelas. Kononnya pergi sekolah pakai uniform bagai, tapi sebenarnya tak pergi pun (ni kes ponteng sekolah petang@sekolah agama). Aku dengan beberapa member lain, ada la dalam 10 orang pergi ke pasaraya. Yang kelakarnya semua pakai baju sekolah, tapi lepastu bertukar baju biasa. Kecik2 lagi dah pandai ponteng tapi sekali tu jer kitorang buat. Lepas tu, dah taubat jadi budak baik.

9. Pernah jadi GURU MUDA (masa darjah 6) Semua ni sebab markah matematik aku adalah paling tinggi dalam kelas. Budak paling pandai dalam kelas pun tak dapat markah macam aku. Serius memang tak percaya! Sejak tu cikgu akan suruh kawan2 aku tulis jawapan kat papan hitam & aku diberi PENGHORMATAN untuk menanda jawapan mereka kt papan hitam tu, dan benda ni berlaku setiap kali kelas matematik dengan cikgu tu. setiap pagi diorang akan check@tiru jawapan kat buku aku tu. Konon-konon aku ni sentiasa betul jer jawapan aku..haha, perasan fofular la sekejap aku time tu.

10. Suka sangat jadi budak-budak. Sebab tak yah fikir banyak perkara, datang sekolah pun main- main, seronok dapat jumpa kawan2. Kalau orang dewasa pening nak fikir pasal tu, pasal ni. Aku tahu tujuan aku datang sekolah pun masa darjah 5. Ada cikgu bagitahu yang datang sekolah ni sebab kita nak BELAJAR. Ohhh baru aku tahu  kena belajar rupanya. Hahahaha, soo innocent time tu. dah darjah 5 baru aku tahu kenapa perlu ke sekolah.

Sebenarnya banyak lagi kisah ketika di sekolah, tapi nanti uolls boring pulak nak baca cerita aku yg $#%@!. Uolls pun mesti ada kenangan zaman skolah rendah kan. Mesti lagi best kan??? Cer citer ckit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary #SayaSayangMalaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar.  Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang  "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!!  Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut. #SayaSayangMalaysia =) Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uo...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...