Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Bazar Ramadhan - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tadi, lepas solat terawih kami sekeluarga ke bazar Ramadhan di Hang Tuah Mall, Melaka. Memang banyak gerai dibuka & panjang sungguh bazar kat sini.


Kalau sesiapa yang takde baju raya lagi, boleh beli di sini. Terdapat banyak pilihan terutamanya baju kurung peplum. Dari saiz budak kecil hingga mak budak, semuanya ada. Sempat jugak aku 'grab' sepasang.


Semasa aku pergi tak ramai orang sangat. Tadi terjumpa T.Y.T Khalil Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, tapi tak sempat nak bergambar dengan dia. Tak sangka pulak dia pun bershopping di sini. Sebelum ini ada kawan bagitahu jumpa dia di bazar Ramadhan di Peringgit.


Selalunya di bazar peniaga akan memasang lagu raya kan, tapi tadi ada kumpulan qasidah buat persembahan, jadi takde la terasa 'lagha' di situ. 


Jom kita tengok barang-barang yang ada di sini.






Agak-agak ada ke kaki manusia sebesar capal ni? memang banyak pilihan terdapat di bazar ni. Sebelum balik tadi terjumpa sorang lelaki dengan reptilia ular. Aku suruh dia posing depan kamera aku. hehe. Kalaulah ular ni jerut leher dia, tak dapatlah kau nak beraya ye.


Sebenarnya tadi sebelum ke bazar, banyak kejadian berlaku masa aku solat terawih. Mula2 lampu masjid black out, tapi alhamdulillah selepas 5 minit dah okey, kalau tak solat dalam kegelapan laa nampaknya. Then, masa nak balik, aku nak amik al quran aku kat atas meja tu, tapi dah hilang. huuu. Al quran tu aku beli di KISAS. Mungkin ada orang pinjam jap kot, harap2 esok dia pulangkan semula. Till here, Selamat berpuasa.

Ramadhan Kareem!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan.  Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang.  Ini adalah ringkasan daripada cerita k...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...