Assalamualaikum w.b.t.
Seumur hidup tak pernah pun berbuka puasa secara bufet di restoran-restoran mahupun di hotel-hotel. Percaya tak? Bukan apa, rasa macam membazir jer nak makan di luar padahal boleh jer makan di rumah, lagi jimat. Tapi akhirnya tahun ni aku dapat pecahkan rekod dengan berbuka bersama rakan-rakan sekerja. Ala 3 orang jer pun. Lepastu budak-budak lain (yg lelaki) macam "ei, tak ajak kitorang pun kan!!!" Sori lah bro, it's girls out okay. Lain kali ada masa kita buka ramai-ramai ye.
Back to the topic, kami telah berbuka di Restoran Api-Api. Di Restoran Api-Api [KLIK SINI] ini juga berkonsepkan makanan 'steamboat'. So kepada sesiapa yang suka makan makanan 'steamboat' tu boleh singgah di sini.Setahu aku di Melaka cuma ada satu jer cawangan restoran ni iaitu di hadapan AEON JJ dan restoran ni masih baru dibuka. Tapi kunjungan daripada pengunjung-pengunjung menunjukkan macam ia telah lama dibuka. Kalau nak datang kena tempah lebih awal. Memandangkan kami hanya 3 orang, jadi lebih mudah untuk buat tempahan meja. Surau juga disediakan (besar surau dia & selesa).
Rezeki kami, kami dapat harga pelajar : RM 25 per person. Walaupun diskaun sikit jer, tapi boleh lah daripada takde langsung. Selepas balik kerja pada pukul 5 petang, kami terus bergegas untuk bersiap dan dapat tempah pada pukul 6 petang. Masa ni banyak meja telah ditempah, kalau rasa macam nak berbuka ramai-ramai, better booking 2/3 hari sebelumnya. Lepas buat tempahan, kami singgah sekejap di AEON. Haha, sekejap lah sangat, sempat lagi diorang shopping raya kat situ.
Lebih kurang 10 minit nak berbuka baru kami tiba di restoran. Masa ni dah ramai sampai, orang lain sume dah start bakar makanan di "steamboat", kitorang nya tak nyala-nyala pun. Makanan bufet pun tak banyak yang tinggal, semuanya telah diambil oleh pelanggan yang lain, hmm kita nak makan sate tapi dah habis =( Kalau ikutkan nafsu aku nak ambil sume makanan kat situ, tapi Mira dah ingatkan awal-awal tak yah nak amik sume sangatlah kan, karang bukannya kau boleh habiskan pun. Lahh, kita dah bayar mahal-mahal, suka hati kita lah kan. Takpe Mira badan aku jer kecik, tapi perut aku besar. Last2 aku yang habiskan makanan tu sebab stok perut tak penuh-penuh lagi walaupun telah disumbat segala jenis makanan. (Tak banyak gambar makanan sebab makan tak ingat dunia)
Selepas berbuka, kami ke Dataran Pahlawan pula. Aku selaku orang asal Melaka ditugaskan untuk jadi 'tour guide' diorang, tapi hampeh! Ajaran ku telah menyesatkan mereka. Tapi akhirnya dapat juga tiba di destinasi. Dah boring round kt DP, diorang macam excited nak naik Menara Taming Sari. Aku?? dah pernah naik, tapi member punya pasal naik jelaa, terbang RM 15.
Okay, then terus balik, esok sambung kerja. Penat. Kbai.
opps, lupa nak bagitau, pihak Restoran Api-Api ni ada bagi kitorang angpau sebelum balik. Nampak tak JJCM tu...
P/s - terima kasih Ain Syafiqah sebab bawak kami ke sana dengan keta anda =)
Selamat berpuasa
tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan nak tinggalkan kita :'(
Ulasan
Catat Ulasan