Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Just a Random Sight From My Eyes - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Pernah tak korang duduk keseorangan di tempat awam? Contohnya, sementara nak tunggu wife/husband bershopping tiba-tiba rasa penat, malas dah nak temankan, duduk sorang2 kat tepi kerusi? Jadi sementara nak menunggu mesti kita dapat lihat pelbagai ragam manusia yang lalu-lalang di hadapan kita. Jika kita fikir-fikirkan, hanya dengan melihat persekitaran seperti ini, kita dapat 'belajar' sesuatu. photo by google Minggu lepas saya kena pergi kerja menaiki kenderaan awam iaitu bas rapid atas sebab-sebab tertentu. Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit yang dirasakan sungguh bosan terasa seronok melihat pelbagai situasi sepanjang perjalanan, antaranya : (i) Semasa bas berhenti di lampu isyarat, saya terlihat seorang anak kecil di dalam stroller. (tak tahu apa nama dia tapi tempat letak baby di dalam kereta tu). Baby tu sedang minum susu botol, tapi susu tu tak sampai pun ke mulut dia. Then, ayah dia yang kat sebelah tolong pegangkan botol susu tu sambil...

KakSyla Diary Urban Dictionary - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni saya terjumpa satu dictionary yang best ! Dictionary ni ditemui semasa saya sedang syiok surfing internet. Apa sahaja perkataan ada dalam dictionary ni. Dan saya try search nama saya, Teena.  Dan inilah resultnya : Serius tergelak sorang-sorang tengok maksud nama saya especially yang no 1 (tapi dah remove) Errr...speechless. Tapi ni nama samaran jer. Kalau ikut kamus arab, maksud nama saya "Cahaya Bijaksana". Emm, ni barulah betul & sedap didengar. Korang pun cubalah check apa maksud nama korang (mengikut dictionary ni laah) Dictionary >>> CLICK HERE #maaf kalau ada maksud yang tak menyenangkan 

KakSyla Diary Tema & Logo Hari Kemerdekaan ke-56 - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “ Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku ” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini.  Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.  Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah. Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putraja...

KakSyla Diary Renungan sejenak - Blog KakSyla

Assalamualaikum... Cuba bayangkan... Kita ada anak kecil - umur 3 tahun. Satu hari, kita tengah masak di dapur. Si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis, nakkan pisau utk dijadi mainan. Agak-agak kita bagi!? Tentu lah tidak, kan. Adakah ini tandanya kita tidak sayang akan anak? Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan. Walaupun pada mata anak pisau itu 'menyeronokkan', tapi kita lebih tahu... pisau itu berbahaya untuk anak kita. Kita lebih tahu... Anak tidak tahu... Begitu juga kita dengan Allah. Kita 'merengek' hendakkan sesuatu tetapi Allah tidak izinkan. Adakah Allah tidak sayang akan kita? Bahkan, kerana sayanglah kemahuan kita tidak dituruti. Malah diganti pula dengan yang lebih baik, kerana perkara yang kita mahukan itu mungkin kelihatan baik pada pandangan kita... Tapi tidak baik pada pengetahuan Allah. Allah lebih tahu... Kita tidak tahu... Dan... JAZAKALLAH KHAIR #copypasta a post from facebook#

KakSyla Diary Alamak, rombongan meminang dah sampai !!! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... Hai..masih lagi berada di mood raya ke? Hari sabtu lepas ada event besar kat rumah saya. Sebab ada rombongan datang nak memetik bunga di taman. Akhirnya ada jugak orang nak 'petik' ye. Alhamdulillah, kalau dulu bila orang tanya bila nak kahwin, rasa dah malas nak jawab sebab calon langsung takde. Tiba-tiba jer nak bertunang? Bulan depan nak tunang baru sekarang nak beritahu. Mak lah orang yang paling terkejut sekali. Takde angin takde ribut. Inilah yang dikatakan jodoh, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Hari Sabtu lepas 17/8/3013, terikatlah satu ikatan antara kakakku dengan pasangannya. Haa, bukan saya tapi kakak saya. Rombongan merisik & bertunang sekaligus. Memandangkan hari raya ni ramai saudara mara yang ada di rumah untuk pulang ke kampung, maka kesempatan ini digunakan untuk mengadakan majlis ini. Walaupun 'si pengantin' ni beritahu pada last minute. Akak, akak, jumpa juga jodoh kau ye. Tahniah aku ucapkan. Tahun ni tahun terakhir lah kita ...

KakSyla Diary Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih - Blog KakSyla

Assalamualaikum... Start  17 Ogos jam 12.00 PM - 23:59PM (12 jam sahaja) #tinggal lebih kurang 20 minit, masih sempat lagi nak join

KakSyla Diary Wordless Thursday - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Eh, pernah ke orang buat wordless Thursday? Ada. Akulah itu =) Photo credit to cherryvanilla .

KakSyla Diary Warna-Warni Aidilfitri 2013 - Blog KakSyla

Assalamualaikum... Alhamdulillah, setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, tiba Syawal sebagai bulan kemenangan bagi umat Islam. Rasanya belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger. Di kesempatan ini juga saya nak minta maaf andai ada komen & entri saya yang mengguris hati mana-mana pihak.  Tahun ini, tema kami hijau epal. Saja jer ambil background pokok, bagi segar sikit. This is my favourite photo for this raya (yang atas ni). Lepas solat Raya, pagi tu kami pulang ke kampung. Ala, tak jauh sangat pun, dalam 30 minit sampai dah. Dah penat berpeluh-peluh jalan kaki melawat sedara mara, rehat jap kat tangga rumah lama. Sebenarnya rumah ni dah lama kami tinggalkan sebab dah tukar tuan rumah. Takpelah nak cakap pun panjang citernya. Pendeknya, aku ada kampung, tapi takde rumah. Hanya boleh bergambar di rumah yang penuh kenangan ini. Bersama sepupu-sepapat. Hijau vs Merah!! Hee, comel kan baju dia? Ni sepupu jugak. Time raya...

KakSyla Diary Aku.Raya.Balik kampung.Bus ekspress - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Hari raya bakal menjelang beberapa hari jer lagi, dan paling seronok bila kita berada di perantauan, jauh dari famili. Memang rasa seronok sangat nak balik kampung. Walaupun lama lagi nak balik, tapi dah ready packing baju seminggu awal. Nampak tak dia punya excited tu. Sejak zaman sekolah sampai lah zaman universiti memang aku ulang-alik menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Dan semestinya terselit kenangan aku & bas ekspress yang tak akan dilupakan. Sambil baca tu jom layan lagu ni, tak tengok video ni pun takpe, dengar jer. Cerita 1 Penang, 2012, 11 pm, bas KPB, seminggu sebelum raya Malam tu aku & member-member akan pulang ke kampung, di Melaka sama-sama. Tiket untuk pulang memang kami dah beli awal-awal bagi mengelakkan kesesakan. Pukul 11.30 malam bas memulakan perjalanan ke Melaka. Aku pula tidur sambil ditemani Mp3, dengar lagu raya, nak amik feeling raya kononnya. Kebiasaannya memang aku akan minta driver bas untuk berhenti di tepi jalan berhamp...

KakSyla Diary Farmasi Bekalan Wad - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sudah genap 2 bulan menjalani praktikal hospital farmasi. Sila rujuk di SINI . Perasaan? hmm, boleh laa, sebenarnya seronok cuma penat sikit. Banyak ilmu yang telah diperolehi yang tidak dapat dipelajari semasa di kuliah dulu. For this month, I was attached to Inpatient Department or here, in Hospital Melaka, it is known as Farmasi Bekalan Wad (FBW). Di sini, pesakit-pasakit yang telah ditahan wad akan dibekalkan ubat setiap hari. Jadi, di FBW kami akan membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut 'prescription' yang telah diterima daripada wad yang berkenaan. Jom kita belajar sama-sama. Maybe ada terms yang korang tak faham, boleh rujuk nota kaki yang disediakan. Okay, di FBW, secara generalnya kami kena sediakan 'floor stock' untuk setiap wad, 'unit-of-dose (bekalan ubat untuk satu hari) & 'unit-of-use'(bekalan ubat untuk beberapa hari). Gambar yang kat atas ni adalah troli yang yang akan kami isi ubat mengikut dose y...