Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Farmasi Pengeluaran - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku bertugas di Farmasi Pengeluaran atau pun dikenali sebagai Manufacturing Unit (manufact). Di sini segala jenis cream, ointment, soap, syrup, lotion dan segala jenis ubat cecair akan dihasilkan. Kebersihan amatlah ditiktikberatkan ye. Semua jenis bekas perlulah sterile. Di unit pengeluaran juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu external & internal.

Di bahagian external, segala jenis ubat yang dihasilkan untuk kegunaan di bahagian luar badan sahaja. Kebanyakan ubat jenis ini dikeluarkan bagi merawat masalah penyakit kulit seperti kudis, gatal-gatal, kulit yang sensitif terhadap cahaya matahari.
Bethamethasone cream 1:10
Manakala di bahagian internal pula, ubat yang digunakan secara oral, by nose, by ear akan dihasilkan. Sebelum membuat segala jenis persediaan, kami perlu mengisi kertas kerja yang telah disediakan. Selepas itu, timbang bahan-bahan yang diperlukan dan diteruskan dengan memasukkan bahan-bahan berdasarkan urutan yang betul. Kalau tak ikut step yang betul, berkemungkinan persediaan itu tak akan jadi kerana mungkin bahan itu tak larut dalam larutan yang telah salah dimasukkan.

Ammonium bicarbonate & ipecachuana
Bertugas di unit ini perlu berhadapan dengan segala jenis bahan yang mempunyai pelbagai jenis bau. Bahan yang paling aku tak tahan adalah serbuk ammonium bicarbonate. Kami perlu menimbang sebanyak 4 000 g ammonium bicarbonate. Bau dia memang menusuk ke hidung dan mata walaupun dah pakai face mask. Sampaikan hidung aku berair dan mata macam nak nangis sebab tak tahan dengan bau tu. Yang peliknya, di rumah pun bau tu masih dapat aku hidu dan perkara yang sama juga berlaku kepada rakan aku.

Oilantum soap
Sejak aku ditugaskan di pelbagai unit di farmasi, unit ini adalah yang paling 'leisure' sebab kalau tiada apa-apa persediaan ubat, tiada apa yang perlu kami buat melainkan pre-packing ubat. Semasa kami bertugas di sini, terdapat seramai 12 orang trainee lain bersama kami. Cuba bayangkan di situ dah lah tiada banyak sangat kerja nak dibuat (melainkan ada pesanan), trainee pulak punyalah ramai, memang seronok lah dapat 'main-main' waktu tu.

Biarlah gambar berbicara


BIPP
Apakah jenis jelingan mereka???













Gambar kami yang berempat tu adalah dari UiTM. Selain kami 4 orang, mereka dari kolej lain. Bak kata aku kat diorang, minggu ni kita last kat sini, jadi nikmatilah 'masa lapang' ini sebaiknya. Sebab unit-unit lain pelbagai kerja bakal menanti anda. Maaf, ayat tunggang langgang sebab nak cepat.

I'll miss this moment with them.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary Belajar Untuk Lebih Menghargai - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan.  Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang.  Ini adalah ringkasan daripada cerita k...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary I Was Soo Noob! - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku. Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah. Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap samb...