Langkau ke kandungan utama

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Dinner For Tonight - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini kan kite makan sate. Ayah kite beli tadi, rasa macam dah lama pulak kite tak makan sate. Kalau baca entri INI, ayah kite pun ada beli makanan juga. Aishh, kalau hari-hari kite makan macam ni, memang langsung tak mengamalkan gaya hidup sihat. Semuanya berminyak, berlemak, berkolesterol. Tapi takpe, sebab kite makan banyak mana pun badan kite bukan ada 'effect' pun. Berat badan tak naik jugak. Tak kisahlah, janji kite dapat makan apa yang kita suka. I like it !


Okay dah, tak payah nak berkite-kite, geli pulak aku nak sebut (apa laa, sendiri tulis sendiri geli). Cakap pasal sate, dulu study kat Penang aku selalu makan kat De Pauh Garden. Mana taknya, 5 minit jer perjalanan dari kampus, memang dekat sangat. Apa yang aku suka di Di Pauh Garden? Burger King dia yang sangat besar & soo nyummy. Burger tu kitorang belah 4 sebab tak larat nak habiskan seorang. Tapi ada member-member lelaki diorang makan sorang satu. Besar giler perut dia.

Inilah rupa dia setelah dibelah 4
Sebenarnya di sini terdapat pelbagai jenis makanan tapi selalunya burger ini yang menjadi pilihan. Pendek kata memang berbaloi makan di sini. Selalunya kami akan pergi setelah penat menjawab soalan exam. Hilang segala keserabutan di otak setelah menghadap soalan yang @#%^!. Kalau korang nak ke sini, boleh tengok blog mereka. 
Lokasi De Pauh Garden
Eh, tiba-tiba jer boleh masuk pasal De Pauh Garden. Sebenarnya malam ini tak ada apa-apa nak tulis, cuma hati ini macam suruh aku menulis di blog (boleh eh macam ni?) 


Last but not least, tadi aku pergi ke sekolah adik, SBPI Selandar. Mak suruh kitorang semua pergi jumpa dia sebelum dia SPM, bagi semangat lah kiranya. All the best & Welcome to the club Ati! Lepas ni kita semua dah tak de yang bersekolah, tinggal budak laki tu jer. Kalau ada apa-apa hal kita-kita jer yang pergi, jangan ajak budak laki tu. (kami kakak yang sangat dengki ye).

Gaya macam dah habis SPM jer pakai jubah ni
Okay lah, nanti kalau aku sambung lagi, entah apa-apa yang aku merepek. Ini pun macam takde kena-mengena dengan tajuk entri dah.

Till then, thanks for reading this entry & good night.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KakSyla Diary #SayaSayangMalaysia - Blog KakSyla

Assalamualaikum Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar.  Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang  "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!!  Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut. #SayaSayangMalaysia =) Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uo...

KakSyla Diary Ke Kelantan Ke Kita? - Blog KakSyla

Assalamualaikum wbt Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah. I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan, Akak kedai : nak minum apa dik? Me : nak milo ais satu. Akak kedai : nak milo beng ?? Me : Haa, yupp.  (Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap) Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak ber...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...