Assalamualaikum w.b.t.
Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan sama ada manis mahupun pahit telah kita lalui. Bagi aku tahun ini banyak perkara yang telah di'explore'. Rasa terharu pun ada sebab tahun 2013 terjadinya moment-moment "First Time in My Life". Bila fikirkan balik rasa kelakar pulak sebab orang lain dah banyak kali merasa perkara macam ni, aku jer yang baru nak rasa.
1. First time berkayak
Aku suka aktiviti yang adventurous. Bila dapat berkayak ni rasa happy giler. Tapi kalau naik canoe kat cerun sungai mesti lebih seronok.
2. First time berjungle trekking
Alahai layu jer muka masa ni. Dulu bila dapat tahu aku tak terpilih ke PLKN, frust giler beb. Sampai nangis-nangis kot. Sebab PLKN satu-satunya platform aku nak merasa aktiviti lasak yang mencabar fizikal & mental. Bila masuk universiti baru dapat merasa sikit-sikit, itu pun setelah aku sengaja mengaktifkan diri dengan aktiviti anjuran pelbagai persatuan.
3. First time berholiday with the whole classmates
Holiday di Pulau Langkawi. Seronoknya dapat keluar berjimba beramai-ramai. Dari A hingga Z semuanya kitorang yang setting & plan sendiri. Tapi ada 2-3 orang yang tak dapat join, rugi woo korang-korang (classmates aku) yang tak ikut ke Langkawi ni. Serius rasa macam kita satu famili and lepas balik holiday, kat dalam dewan kuliah asyik teringat Langkawi jer. Hehehe
4. First time attending Annual Dinner
Sebenarnya ada cerita yang agak pahit di sebalik dinner ni. Lagi sekali classmate aku yang banyak conquer malam tu. Havoc jugaklah. Dari emcee, prince, princess, persembahan, semua terdiri daripada classmate aku. Nak tahu tak apa kenangan pahit tu? Aku terlepas bas T_T. Jangan tanya aku macam mana aku boleh ke sana.
5. First time pergi oversea
Nasib baik tak tersesat tau pergi negara orang dengan adanya peta ini. Walaupun perjalanan berapa jam jer nak ke Singapore, kira oversea lah tu dapat keluar Malaysia jap.
6. First time ada wedding event kat rumah sendiri
Wedding ni beberapa hari lepas, buat pertama kalinya rumah aku telah diserbu oleh ribuan manusia. Seronok, meriah, gembira, frust, sedih, geram, penat, semua perasaan ada. Nak tahu siapa pengantinnya? Kita tunggu dulu, yang penting bukan aku lah yee.
7. First time masuk sawah
Ini adalah kesinambungan no 6. Seumur hidup aku inilah pertama kali aku ke sawah. Tapi tak adventure sangat sebab tak dapat cabut padi, tak dapat jumpa belut, tak dapat pakai topi sawah tu, tak dapat jumpa orang-orang. Eh, macam banyak jer yang tak dapat, takpe lepas ni dapat lah kot. Sejuk jer mata memandang kehijauan sawah ni. Ditambah pula dengan kitorang yang turut 'hijau', terasa seronok sangat. Angin dia kuat tapi sejuk, baik tak tercabut tudung kite.
8. First time ada lesen kenderaan
Ini lesen lama. Sekarang dah P. yeah !!!
9. First time terlupa dah setahun berblogging
Ini paling tak tahan. Macam mana le aku boleh lupa 'hari jadi' blog ni. Dah sebulan berlalu baru perasan blog ni dah setahun umurnya. Cuba korang baca entri pertama aku, comel tak. Hee. Mula-mula tak aktif pun, tapi setelah beberapa bulan, baru nak merajinkan diri.
Hmm...lagi apa ye yang first time aku buat dalam tahun 2013? Nanti kalau tiba-tiba teringat aku update jelah. Nampaknya ini adalah entri terakhir aku dalam tahun 2013, lepas ni kita jumpa lagi tahun depan. Okay, nak tutup pintu 2013, nak buka pintu 2014.
*tiba-tiba terfikir andai tahun 2014 adalah tahun terakhir kehidupanku. kita semakin dekat dengan kematian.
Ulasan
Catat Ulasan