Assalamualaikum
Sebab dah biasa tengok kat tv: kalau cerita pasal orang kaya, akan ada scene diorang sambut ulangtahun perkahwinan -waktu malam-jemput datuk datin tan sri puan sri-tepi swimming pool-ada sesi tari menari-sesi potong kek. Lepas potong kek diorang akan buat satu announcement untuk mengahwinkan anak mereka dengan anak Datin T (datin teena, ahaks). Si anak pulak tak setuju sebab dah ada calon sendiri...and the list goes on...
Alamak, ni bukan nak cerita pasal drama. Tempoh hari kat rumah aku ada buat kenduri kesyukuran sempena ulangtahun perkahwinan parents yang ke-25. Aku saja-saja cakap kat mak, nak buat majlis ke, nak buat parti macam kat tv memang tak laaah.
Me : Tahun ni mak 25 tahun kan?
Mak : Haaa? Muka mak macam muka 25 tahun ke?? Kau biar betul! *muka gembira*
Me : Tahun ni mak dengan ayah kahwin dah 25 tahun kan =)
Mak : Ohh, aah...
Me : Buatlah kenduri mak, ajak sekali sedara kita semua datang rumah.
Mak : Hmm, tengoklah dulu, kalau ada rezeki kita buat kenduri.
Bacaan Yassin & Tahlil
Sebenarnya aku suka bila ada kenduri kat rumah aku. Tak kisahlah kenduri kahwin, kenduri tunang, mahupun kenduri kesyukuran, aku suka kenduri. Sebab seronok tengok tetamu datang ke rumah. Tetamu yang datang itu kan membawa rezeki.
So, few days sebelum aku balik rumah aritu, mak cakap nak buat kenduri. Yeahh. Kebetulan tarikh anniversary parents aku (6 Oktober) sehari selepas kita sambut raya haji. Jadi bila nak jemput orang, cakap nak buat kenduri kesyukuran jer. Tapi bila ada sedara tanya
'Ni kenduri apa ni Teena?'
'Ni kenduri anniversary mak & ayah' *sengih*
'Laa, yeke. Ingatkan Teena yang tunang tadi'
'Eh, bukan...belum lagi laa mak cik'
Hmm, ada ke patut cakap ni majlis kite. Ni majlis parents kite laaa makcik. Malu kite tau makcik cakap camtu. Hihi.
Masa raya aidilfitri kitorang tak sempat nak bergambar satu keluarga, jadi kesempatan dapat berkumpul satu keluarga masa aidiladha ni haruslah dipatrikan dengan gambar seisi keluarga.
25 tahun = 4 anak :)
Inilah mak & ayah yang berumur 25 tahun tuu. Happy anniversary mak ayah! Semoga mak ayah kekal bahagia sehingga ke syurga. Terima kasih sebab mendidik kami sehingga kami berjaya menjadi manusia pada hari ini. Doakan juga semoga kami berjaya & bahagia di dunia dan akhirat. Ayah, mak, nanti share lah tips rumah tangga bahagia kat kami anak-anak ni. Hahaha.
Haaa, kesian kat budak laki ni sebab UPSR dia habis lambat. Sehari sebelum dia nak exam, tiba-tiba dia demam pulak, siap muntah-muntah. Nasib baik akak kau ada kat rumah & rajin nak layan kau. Tapi dia hebat, dah tahu nak exam langsung tak baca buku. Jenuh nak suruh bukak buku, tapi ibarat mencurahkan air ke daun keladi -_'- tak makan saman pun. Dia just bawak badan jer kat dalam dewan exam. Bila aku tanya
Kenapa tak baca buku?
dia jawab : Entahhleee.
Boleh jawab soalan tak?
dia jawab : Entahhleee.
Adoaii.....entahhleee aku tengok kau ni....
"Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu."
[Hadis riwayat Dailami & Anas)
Apa-apa pun SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 buat mak & ayah tersayang =)
Ulasan
Catat Ulasan