Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

KakSyla Diary Penang Part II : Food Hunting - Blog KakSyla

KakSyla Diary Cerita Berbuka Puasa - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Seumur hidup tak pernah pun berbuka puasa secara bufet di restoran-restoran mahupun di hotel-hotel. Percaya tak? Bukan apa, rasa macam membazir jer nak makan di luar padahal boleh jer makan di rumah, lagi jimat. Tapi akhirnya tahun ni aku dapat pecahkan rekod dengan berbuka bersama rakan-rakan sekerja. Ala 3 orang jer pun. Lepastu budak-budak lain (yg lelaki) macam "ei, tak ajak kitorang pun kan!!!" Sori lah bro, it's girls out okay. Lain kali ada masa kita buka ramai-ramai ye. Back to the topic, kami telah berbuka di Restoran Api-Api . Di Restoran Api-Api [KLIK SINI] ini juga berkonsepkan makanan 'steamboat'. So kepada sesiapa yang suka makan makanan 'steamboat' tu boleh singgah di sini.Setahu aku di Melaka cuma ada satu jer cawangan restoran ni iaitu di hadapan AEON JJ dan restoran ni masih baru dibuka. Tapi kunjungan daripada pengunjung-pengunjung menunjukkan macam ia telah lama dibuka. Kalau nak datang kena tempah lebih awal. Me...

KakSyla Diary Senior untuk Junior Siri 2 - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah pada 19/7 & 20/7 yang lepas, kami telah selamat menjayakan program yang diberi nama "Senior untuk Junior" . Program ini telah diadakan di sekolah lama saya (f1-f3) di SMK Dato' Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka. Seramai 120 peserta iaitu semua pelajar asrama sekolah ini telah join program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dan yang paling seronok semua fasilitator adalah bekas pelajar sekolah ini. Itu yang menjadikan diri ini lebih bersemangat untuk berbakti kepada agama, bangsa & negara & para junior.   Selepas solat terawih, program diteruskan dengan slot "Rasulullah Habibullah". Tapi saya sampai lewat sikit, masa mula-mula masuk, keadaan gelap gelita, yang dengar hanyalah video2 yang penuh menusuk kalbu tentang Rasulullah & qasidah memuji Baginda. Terbit rasa rindu yang teramat sangat dan berharap semoga dapat bertemu Baginda di akhirat kelak. Sesekali terdengar suara oran...

KakSyla Diary Bazar Ramadhan - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tadi, lepas solat terawih kami sekeluarga ke bazar Ramadhan di Hang Tuah Mall, Melaka. Memang banyak gerai dibuka & panjang sungguh bazar kat sini. Kalau sesiapa yang takde baju raya lagi, boleh beli di sini. Terdapat banyak pilihan terutamanya baju kurung peplum. Dari saiz budak kecil hingga mak budak, semuanya ada. Sempat jugak aku 'grab' sepasang. Semasa aku pergi tak ramai orang sangat. Tadi terjumpa T.Y.T Khalil Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, tapi tak sempat nak bergambar dengan dia. Tak sangka pulak dia pun bershopping di sini. Sebelum ini ada kawan bagitahu jumpa dia di bazar Ramadhan di Peringgit. Selalunya di bazar peniaga akan memasang lagu raya kan, tapi tadi ada kumpulan qasidah buat persembahan, jadi takde la terasa 'lagha' di situ.  Jom kita tengok barang-barang yang ada di sini. Agak-agak ada ke kaki manusia sebesar capal ni? memang banyak pilihan te...

KakSyla Diary Harapan Ramadhan - Blog KakSyla

Assalamualaikum w.b.t. Mari kita hayati lirik lagu ini sama- sama, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna & mendapat keampunan dariNya... Lirik lagu Harapan Ramadhan - Raihan & Man Bai Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan...

KakSyla Diary Petua Semasa Dijangkiti 'Chicken Pox' - Blog KakSyla

Assalamualaikum Hai korang apa kabar? Hari ni puasa tak? Alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa. Semoga Dia menerima segala amalan yang kita lakukan pada hari ini. Rasanya semua orang post pasal puasa tapi aku tiba-tiba jer citer pasal chic pox ni, takpe lah layan jer ea, sekadar perkongsian pengalaman. So, here I wanna share some 'petua' that I used when I'm having the 'sweety' chicken pox : 1. Minum air kelapa muda Air kepala  kelapa ini perlu diminum pada hari pertama anda terkena chicken pox. Ini akan menjadikan bintik-bintik di badan keluar dengan cepat & secara sekaligus. Jadi, anda tak perlulah tertunggu-tunggu andai ada lagi bintik baru yang nak tumbuh di badan. Erm, hari tu jangan terperanjatlah kalau ada bintik-bintik manja tumbuh di badan anda.  Ayat ini ditujukan kepada diri sendiri sebenarnya. 2. Tidur beralaskan daun semambu Menurut orang tua-tua, daun ini dapat menyerap haba di dalam badan kita. Caranya ...

KakSyla Diary Terima Kasih - Blog KakSyla

Assalamualaikum... Hello peeps, how are you today? 2 hari jer lagi nak puasa Ramadhan, esok malam dah start solat terawih & sahur.  Okay, sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada korang2 yang telah wish my birthday minggu lepas. Hah, sapa yang belum wish lagi, cepat wish sekarang!  Rupa-rupanya ramai yang baru tahu umur aku sekarang, (kalau nak tahu meh tengok kat SINI ) mostly ingatkan aku dah tua sikit. Kelakar jugak tengok reaksi orang. Nak kata muka aku matured, rasanya tak banyak gambar aku tunjuk dalam blog ni. Maybe, dari segi penulisan yang menunjukkan kematangan kot. Matang ke??? Apa-apa pun terima kasih atas ucapan, nyanyian, doa & suntikan semangat dari kalian. Yang paling best, ada blogger yang nyanyi lagu birthday tu. haha, mekasih. Jasa anda dikenang. Selain itu, terima kasih jugak kepada semua yang support aku sepanjang aku sakit ( chicken pox ) minggu lepas juga. I sambut birthday dalam keadaan badan penuh bintik-bintik ye. Semua petua yang kor...

KakSyla Diary Jom berfikiran positif ! - Blog KakSyla

Assalamualaikum... "Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have." To be successful, we have to make others successful. To be happy, we make others happy. To be healthy, we make others healthy. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata  Prof. Dr. Muhaya Mohamad.  Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia). Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya ter...

KakSyla Diary 10 Fakta di Zaman Sekolah Rendah - Blog KakSyla

Assalamualaikum Salam 24 Syaaban Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat tak? Nampaknya kita sorang je kat sini tak sihat. Tiba-tiba idea nak tulis pasal cerita zaman budak-budak (zaman tok tonggek) datang menerjah. Nie semua cerita betul tau!! bukan rekaan semata-mata. Okay, let's start the facts now! 1. Merupakan seorang pengawas sejak darjah 3 hingga darjah 6. Boring kot asyik pakai baju warna biru jer. 2. Pada satu hari tu (time darjah 3) selepas PJK kami suma salinlah baju pakai uniform sekolah semula, ok dah siap salin, time tu kitorang pengawas perempuan kena pakai baju kemeja & skirt. Lepas kelas PJK tu subjek BM kot tak ingat sangat. Dan aku telah dipanggil oleh cikgu untuk jawab jawapan tulis kat papan hitam. Tapi bila aku ke depan suma TERGELAK, "eee ada ekor lah" Aik kenapa korang ni? Rupa-rupanya skirt yg aku pakai tu lupa nak zip kt belakang, baju kemeja aku pulak terkeluar dr celah zip..errrr, MALU gila!!! Rasa macam nak tukar kelas time tu jugak, tp lepas...